Professor Termuda di Dunia

 
Alia Sabur diiktiraf sebagai professor termuda di dunia oleh Guinness World Record.Dia sekarang menjadi professor di Konkuk University Korea Selatan. Lahir pada 22 Februari 1989, Alia menjalani masa belajarnya dengan waktu yang amat pendek. Dari darjah 4 sekolah rendah,gadis ini terus masuk ke universiti,dan lulus BA dengan prediket sum cum laude dari Universiti Stony Brook di New York ketika dia baru berusia 14 tahun.

dia melanjutkan pendidikan di Universiti Drexel.Di universiti itu dia mendapatkan gelaran master of science dan PhD. Tiga hari menjelang ulang tahun ke-19, dia resmi menjadi pensyarah di Universiti Konkuk, Seoul, Korea Selatan. Buku Rekod Dunia Guinness mengiktirafnya sebagai profesor termuda dalam sejarah. Dia memecahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh Colin MacLaurin,pelajar Isaac Newton, pada tahun 1717.

Alia tidak hanya cemerlang di bidang akademi.dia juga membuat persembahan dengan bermain klarinet bersama Rockland Symphony Orchestra pada usia 11 tahun.di bidang muzik ini alia sudah mendapat pelbagai penghargaan.di dalam Seni bela diri pula alia pemegang tali pinggang hitam aliran Tae Kwon Do.
 

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...