Kerajaan Saudi Akan Bina Menara 2X Lebih Tinggi Dari Burj Khalifa

Hari ini Keluarga Diraja Saudi telah mengumumkan rancangan untuk membina sebuah menara tertinggi di dunia - yang mempunyai ketinggian luar biasa, setinggi 1 batu.

Kingdom Tower di Arab Saudi akan mepunyai ketinggian 1.6km (1 batu) selepas siap dan di dalamnya terdiri dari hotel, pejabat, apartmen mewah dan pusat membeli-belah.

Struktur ini akan dua kali lebih tinggi dari bangunan pencakar langit tertinggi di dunia ketika ini, Khalifa Burj di Dubai, dan LIMA kali dari bangunan tertinggi di Inggeris, The Shard.

Kingdom Tower akan melepasi langit. Bangunan berharga £12 bilioan ini akan terdiri daripada hotel, pejabat, apartmen mewah dan pusat membeli-belah.

Ia akan memakan masa 12 minit untuk tiba ke puncak bangunan bernilai £ 12 billion ini dengan eskalator.

Perbelanjaan pembinaan bangunan ini akan dibiayai oleh Kerajaan Saudi milik syarikat Kingdom Holding Company (KHC)- yang merupakan syarikat terbesar di dalam negara.

KHC turut memiliki saham di Apple, McDonald's dan Amazon, telah mengupah syarikat Amerika Adrian Smith + Gordon Gill Architecture yang terlibat dalam pembinaan menara Burj Khalifa.

Luas: Sebuah model menara yang bernilai £12 billion. Pengunjung boleh sampai ke puncak dengan menggunakan eskalator.

Pakar bangunan tinggi Emaar, yang turut membangunkan Burj, difahamkan telah memenangi kontrak untuk membina Kingdom Tower, yang akan dibina di luar bandar pelabuhan Laut Merah Jeddah sebagai pusat bandar bagi 80,000 penduduk baru.

Namun pengumuman tersebut telah dikritik dengan seorang ahli perekabentuk yang menggambarkan idea 'menara tinggi'itu sebagai 'sia-sia'.

Rory Olcayto, wakil editor The Arkitek Journal, berkata: "Perlumbaan untuk membina bangunan pencakar langit tertinggi adalah sangat sia-sia - di mana anda akan berhenti? 

"Ramai orang Inggeris yang tahu bagaimana melakukan  projek-projek ini, menunjukkan betapa pentingnya arkitek Inggeris di pentas dunia. 

"Tapi bangunan ini kehilangan arah, dan ia merupakan simbol dari kaedah berfikir yang kolot. 

"Ini jauh lebih baik untuk melihat sesuatu seperti  3D China Central Television Headquarters di Beijing daripada menaiki menara tinggi." 

Struktur bangunan ini akan dua kali lebih tinggi dari bangunan pencakar langit tertinggi di dunia ketika ini, Burj Khalifa , Dubai.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...