Lapangan Terbang Gibraltar Yang Unik

Di Gibraltar, sebuah daerah di Semenanjung Iberia dibawah naungan United Kingdom, ada sebuah jalan yang akan jam bila kapal terbang melintas. Kerana saiz Gibraltar yang kecil, ruang untuk membina lapangan terbang adalah terhad. Oleh itu landasan kapal terbang dibina melintasi jalan raya utama. Bila ada kapal terbang mahu mendarat atau berlepas, jalan akan ditutup macam lintasan keretapi.

Gibraltar ini dahulunya dibawah jajahan takluk Sepanyol sebelum ianya diserahkan kepada pihak British selepas kekalahan Sepanyol pada tahun 1713. Sehingga hari ini ada pihak Sepanyol mahu Britain memulangkan semula Gibraltar kepada Sepanyol. Walaubagaimanapun, penduduk Gibraltar menolak kemahuan Sepanyol didalam dua pungutan suara pada tahun 2002 dan 1967. Walaupun bersebelahan dengan Sepanyol bahasa rasmi Gibraltar ialah Bahasa Inggeris.





0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...