Malaysia Telah Wujud Sejak 1826

Mungkin ramai yang tak tahu akan fakta ini, namun, ia bukanlah satu perkara yang disorokkan atau disembunyikan dari pengetahuan ramai. Malah, ia tercatat dalam Wikipedia.


Perkataan Malaysia telah wujud sejak dari 1826, dicipta oleh seorang jurupandu berbangsa Peranchis Jules Dumont d'Urville, semasa satu ekspedisi di Oceania. Ia sebenarnya merupakan gabungan dua perkataan - Micronesia dan Melanesia, yang membezakannya dengan budaya lain yang telah ujud di lautan Pasifik - iaitu Polynesia.

Pada tahun 1831, lelaki Peranchis ini telah mengemukakan cadangan penamaan ini kepada The Société de Géographie. Dumont d'Urville menzahirkan Malaysia sebagai satu kawasana yang lebih dikenali sebagai India Timur. Dan pada tahun 1850, seorang etnologis berbangsa Inggeris - George Samuel Windsor Earl, menulis dalam sebuah jurnal - Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, telah memberikan cadangan bahawa nama-nama kepulauan di Asia Tenggara diberikan nama Melayunesia atau Indunesia.

Menurut wikipedia lagi, nama Malaysia ini pernah dituntut oleh sebuah negara lain di Asia Tenggara iaitu sekarang dikenali sebagai Filipina, namun nama ini telah secara rasminya digunakan untuk menggabungkan negeri-negeri di semenangjung tanah besar yang juga melibatkan Singapura menjadi Malaysia pada tahun 1963.

Berikut adalah satu keratan akhbar mengenai Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1922. Ini membuktikan bahawa nama Malaysia telah wujud sebelum Tanah Melayu ini merdeka lagi!



Malah nama Malaysia disebut beberapa kali dalam sebuah buku Ripley's Believe it Or Not terbitan tahun 1943.

Foto ehsan: Yahoogroup Mahligai
Menurut pengirim gambar ini; 'roslan mohd' yang membeli buku di atas menerusi ebay, nama Malaysia daripada buku tersebut, dia mendapati terdapat di:

m/s 59:.....this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China...
m/s 119: ....is a native of MALAYSIA...
m/s 121: ......the man eating clams of MALAYSIA...

Semoga paparan ini memberikan perspektif baru mengenai sejarah negara kita.
 

Sumber: Wikipedia

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...