KISAH piramid di negara China timbul pada tahun 1945 apabila seorang juruterbang Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat: James Gaussman, terserempak dengan sebuah piramid putih ketika beliau sedang dalam penerbangan dari China ke India.
Katanya, “Saya terpaksa membelok ke kiri untuk mengelak banjaran bukit dan selepas itu muncul di hadapan saya, sebuah dataran yang lebar. Di situ saya terlihat sebuah piramid gergasi berwarna putih. Ia mungkin diperbuat daripada logam atau batu marmar. Akan tetapi apabila saya terbang lebih dekat lagi, saya dapati ia diperbuat daripada ‘capstone’ sejenis batu hiasan kristal. Saya ingin mendarat tetapi tiada lapangan tanah yang cukup luas atau panjang untuk saya berbuat begitu.”
Sekembalinya ke New York, Amerika Syarikat, penemuan itu segera diwar-warkan ke pengetahuan akhbar New York Times dan sebuah berita mengenainya tersiar pada 28 Mac 1947. Reaksi daripada berita itu membuatkan Kolonel Maurice Sheahan, Pengarah Trans World Airlines, mengesahkan tentang penemuan itu dimana dia juga terjumpa sebuah piramid gergasi 40 batu di Tenggara Xi’an – China.
Pada satu sumber teks mengatakan, piramid terbesar di dunia berada di Daerah Qin Lin: Zon Larangan Negara China. Ia dianggarkan 1000 kaki tinggi dan diperbuat daripada tanah padat. Bagaimanapun Kerajaan China menafikan kewujudannya. Malah 100 lagi piramid lain turut menerima nasib yang sama.
Walaupun begitu, aktiviti pelancongan ke kawasan makam Xi’an yang terkenal dengan askar tanah liat Terracota yang berusia lebih 1000 tahun itu masih lagi mengiktiraf kewujudan piramid di China kerana makam itu terletak di salah sebuah piramid yang dimaksudkan ini.
Piramid terbesar terletak pada makam Maharaja Pertama China, bernama Shih Huang-Ti pada tahun 221 Sebelum Masihi. Baginda menaiki takhta selepas berjaya menyatukan semua wilayah di China yang selalu berperang sesama sendiri. Pada beberapa teks sejarah lama China ada menceritakan perihal Maharaja Shih Huang-Ti. Baginda merupakan seorang maharaja yang mempunyai pelbagai teknologi yang canggih. Antaranya ialah cermin ajaib. Ia memang magik kerana mampu memancarkan imej organ dalaman manusia termasuklah tulang. Sekali imbas fungsinya sama seperti mesin X-Ray sekarang ini.
Menurut sebuah cerita lagenda, angkatan perang Shih Huang-Ti juga mempunyai teknologi senjata api yang canggih diwaktu itu. Senjata ini mampu menggempur kubu musuh dan menawannya dalam sekelip mata. Maharaja Shih Huang-Ti juga seorang Jeneral perang yang handal dan mampu terbang di udara.
Patung tentera terracota |
Selepas menyatukan Wilayah China menjadi sebuah Empayar yang besar, Maharaja Shih Huang-Ti mengarahkan rakyatnya membina sebuah kompleks makam untuknya sebelum baginda menaiki takhta sebagai Maharaja pertama China. Kompleks yang dibina itu seperti sebuah mahligai yang lengkap dengan kuil, kuarters menteri-menteri dan juga Rejimen Askar Patung Terracota yang berjumlah 10 ribu buah. Penemuan askar patung ini pada tahun 1970-an telah menarik pengkaji untuk merungkai misteri Lagenda Shih Huang-Ti.
Apa yang menjadi tanda tanya dan misteri hingga sekarang adalah: Bagaimana ukiran askar patung ini mempunyai raut muka yang unik dan pakaian yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Malah senjata besi dan logam yang dipegang mereka juga masih tajam dan tidak berkarat. Apakah teknologi membuatkan semua peralatan ini mampu kekal beratus tahun? Di manakah rahsia mereka?
Bermula dengan persoalan ini, pakar arkeologi khususnya daripada barat membuat kajian terhadap askar patung dan juga manuskrip-manuskrip lama yang menceritakan perihal kerajaan Shih Huang-Ti. Hasil penyelidikan itu, mereka mendapati Mahligai makam itu tidak ubah seperti versi kecil empayar China dengan air merkuri mengalir seperti sungai, mata berlian bertaburan, dinding dipenuhi dengan berlian seakan mirip bintang-bintang di langit serta obor api yang boleh menyala beribu tahun.
Bagi Guo Zhikun, pakar sejarah Zaman Dinasti Qin dan Han mengatakan kompleks makam ini terdiri daripada dua bahagian. Pertama anak bukit yang tertimbus ke atas kubur maharaja itu dan kedua istana bawah tanah, tempat keranda baginda tersimpan. Rekod sejarah mencatatkan bahawa Makam Shih Huang-Ti berketinggian 115 meter dengan lebar 2000 meter. Justeru, proses luluhawa telah menyebabkan piramid makam ini berketinggian 1400 meter dengan luas tapaknya 120,750 meter persegi.
Sejak penemuan piramid-piramid dan patung askar-askar Terracota pada tahun 1940 hinggalah 1970-an, kerajaan China telah menafikan kewujudannya dan menyorokkan beberapa piramid tersebut dengan tanah bagi menyerupai bukit biasa. Sampai hari ini, kerajaan China belum lagi memberi kebenaran untuk saintis dan ahli arkeologi menggali ke dalam makam Maharaja Shih Huang-Ti kerana khuatir ia akan merosakkan isi kandungan makam itu. Oleh itu, para saintis hanya diberi kebenaran untuk menyelidik di sekitar makam dan juga menggali lubang kecil bagi kamera fiber-optik mengintai masuk ke dalam makam tersebut. Diantara penemuan itu ialah gambaran yang seakan merupakan patung wanita menari yang diperbuat daripada gangsa dan berlian.
Pada bulan Februari 2009 ujian tanah telah dijalankan oleh saintis China. Keputusan ujian itu menunjukkan konsentrasi bahan logam merkuri yang agak tinggi. Ini memperkukuhkan lagi lagenda sungai merkuri di makam tersebut. Sampai sekarang para saintis dan pakar arkeologi terus menantikan keputusan kerajaan China untuk mendapatkan kebenaran meneroka dengan lebih mendalam lagi bagi mengungkai misteri Shih Huang-Ti yang dikaitkan sebagai seorang makhluk asing dari angkasa lepas???
MAKLUMAT TAMBAHAN
Koordinat-koordinat lokasi setiap piramid yang anda boleh cari melalui Google Map ataupun Google Earth.
* 34.3380854°N 108.569684°E - Piramid Putih
* 34.3812356°N 109.2540121°E - Makam Shih Huang Ti@Qin Shi Huang
Lain-lain piramid.
* 34.3617534°N 108.6401081°E
* 34.3748955°N 108.6980009°E
* 34.3798011°N 108.7044919°E
* 34.3977741°N 108.7124205°E
* 34.4008548°N 108.7646055°E
* 34.2358251°N 109.1186142°E
* 34.2209934°N 109.0963411°E
* 34.1810627°N 109.0223122°E
0 comments:
Post a Comment