Beberapa para sarjana terkemuka di dunia telah berkumpul di Rom untuk membincangkan sebuah teori kontroversi yang mengatakan bahawa Sardinia iaitu sebuah pulau di Italy adalah merupakan lokasi Kota Atlantis yang pernah wujud sepertimana yang telah dikemukakan oleh Plato. Teori ini yang pertama kalinya dibangkitkan di dalam sebuah buku yang ditulis oleh wartawan Italy yang bernama Sergio Frau. Ia telah menarik banyak perhatian daripada masyarakat antarabangsa, baik sebagai pujian ataupun kritikan.
Buku itu walaupun telah terjual sebanyak 30.000 salinan namun tetap dianggap oleh para ahli akademik sebagai sebuah cerita sensasi yang tidak saintifik dan tidak berasas. Namun teori ini telah mendapat perhatian besar sekitar tahun lalu ketika UNESCO sedang menyusun sebuah simposium mengenai isu tersebut di Paris yang menyarankan agar idea tersebut diberikan pertimbangan serius. Kemudian setelah itu, beberapa ahli bidang kajian arkeologi, geologi dan sejarawan dari seluruh Itali berkumpul di Rome's Accademia dei Lincei untuk meneliti semula teori tersebut dengan lebih mendalam dan telah membincangkan kemungkinan akan ada kajian lanjutan yang akan dilakukan pada masa hadapan.
Kedudukan Sardinia (Sardegna) |
Pulau Atlantis seperti diketahui adalah sebuah pulau misteri yang hingga kini kewujudannya masih belum diketahui secara pasti. Pulau ini pertama kali dibangkitkan oleh ahli falsafah Yunani Plato di dalam bukunya yang berjudul Timaeus dan Critias (360 SM) yang mengatakan bahawa terdapat sebuah pulau dengan tamadun yang amat maju namun telah dihancurkan oleh satu bencana alam yang maha dahsyat hanya dalam satu malam sahaja. Para saintis berpendapat bahawa bencana yang dimaksudkan itu adalah Tsunami.
Selain daripada itu terdapat juga sebuah teori tradisional yang menyatakan bahawa Atlantis terletak di satu tempat di kawasan Atlantik kerana Plato mengatakan bahawa pulau itu terletak di seberang Pilar Herkules (Tiang Herkules). Menurut penulis Yunani kuno lain yang bernama Erathosthenes, tiang Herkules sebenarnya terletak di selat Gibraltar.
Namun Frau percaya bahawa Erathosthenes yang juga merupakan seorang pustakawan dan ahli geografi yang hidup era Alexandria pada abad kedua SM telah melakukan kesalahan. Frau percaya bahawa tiang Herkules sebenarnya terletak di Sicily. Frau membuat kesimpulan ini setelah melihat dua peta kuno Mediterranean ketika zaman gangsa. Satu daripada peta yang dilihatnya telah menunjukkan bahawa Tunisia dan Sicily adalah sangat berdekatan, peta yang lain pula menunjukkan Selat Gibraltar dan kedua-duanya adalah menunjukkan kemiripan.
Frau berpendapat bahawa Erathosthenes telah memindahkan tiang Hercules itu kerana 120 tahun lalu antara era Plato dan era Yunani, keadaan rupa dunia berubah secara dramatik dan selat antara Sicily dan Afrika sudahpun bukan lagi merupakan sebahagian daripada kerajaan Yunani. Lebih Lanjut daripada itu, pergeseran geologi dan kenaikan air laut telah melebarkan jarak antara Tunisia dan Sicily yang akhirnya menjadi penyebab kesalahan kepada teori Erathosthenes.
Jika Pilar Herkules (Tiang Herkules) terletak di Sicily, maka Sardinia adalah lokasi pasti kepada Atlantis. Frau juga telah mendapati bahawa tamadun Nuragic - berasal daripada kata Nuraghes (menara batu) yang dibina di pulau itu - telah berkembang dengan pesat di Shardana (Sardinia) sekitar tahun 1,400 -1,200 SM. Sementara bencana yang menghancurkan kebudayaan Nuragic dan penduduknya adalah dianggarkan berlaku sekitar tahun 1,178 - 1,175 SM.
Gambaran Kota Atlantis |
Walaupun Plato ada menyebutkan bahawa kebudayaan Atlantis wujud sekitar 9,000 tahun dahulu namun ramai sejarawan berfikir bahawa Plato mungkin juga telah melakukan sedikit kesalahan dan mungkin maksudnya yang sebenar adalah 900 tahun. Mereka mendasarkan teori ini bersandarkan pada keterangan Plato tentang tulisan dan juga alat² gangsa yang dinyatakan telah ditemui di Pulau berkenaan.
Justeru itu apabila tiang Herkules dipindahkan ke selat Sicily maka menurut Frau akan muncullah banyak tulisan kuno lain yang akan kelihatan tepat kajiannya daripada segi geografi.
Contohnya, Herodotus ada menulis mengenai Corsica dan bandar kuno Tartessos yang seakan kedua-dua bandar berkenaan berada berdekatan antara satu sama lain. Namun jika tiang Herkules terletak di Gibraltar, maka perjalanan dari Tartessos ke Corsica akan memakan masa satu bulan dengan kapal dan ini bermaksud ia tidak bersesuaian dan bercanggah dengan keterangan Herodotus.
Teori-Teori Kedudukan Atlantis
Kebanyakan dari lokasi yang diajukan mengenai kewujudan benua yang hilang Kota Atlantis adalah berada berdekatan dengan laut Mediterranean seperti pulau Sardinia, Crete, Santorini, Sicily, Cyprus dan Malta. Sedangkan wilayah daratan lain yang disyaki sebagai Atlantis adalah Troy, Tartessos, Tantalus, Turki, Sinai dan Kanaan. Di wilayah sekitar laut hitam juga disyaki sebagai lokasi Atlantis, antaranya Bosphorus dan Ancomah. Pada tahun 2003, sebuah teori baru telah diajukan bahawa laut Azov berkemungkinan adalah tempat asal Atlantis.
Teori-teori lain yang ada menyebutkan tempat asal kedudukan Kota Atlantis adalah seperti di Andalusia, pulau Canary, Cuba, Bahamas, Segitiga Bermuda, Indonesia, Malaysia, Pulau "Kumari kandam" di India dan juga struktur piramid Yonaguni di wilayah Jepun bersempadan dengan Semenanjung Korea.
Atlantis Di Nusantara |
0 comments:
Post a Comment