10 Spesies Yang Baru Ditemui

10 spesies baru ditemui.,Dibawah ini adalah senarai 10 spesies yang dikatakan oleh saintis sebagai spesies yqng bqu ditemui lewat dekad ini. ..

10. Obor-obor "Pelangi"



Seorang ahli obor-obor bernama Lisa Gershwin menangkap spesies tidak dikenal pada awal bulan March lalu ketika sedang berenang di laut berhampiran sebuah pulau Tasmania di Australia. Obor-obor ini tidak memancarkan cahaya sendiri, seperti yang lain-lain. Sebaliknya, ia memantulkan cahaya yang masuk ke tubuhnya..

9. Kuda Laut Walea

Kuda laut ini adalah kebanggaan buat Indonesia, kerana kuda laut ini ditemui di laut pulau Walea, Sabah. Kuda laut ini ditemui berkat ketajaman mata para penyelam yang mengambil gambarnya di laut pulau Walea, yang kemudian diberi nama kuda laut Walea. Kuda laut ini mempunyai tinggi 2,5 centimeter dan merupakan haiwan terkecil di antara haiwan vertebrata (bertulang belakang).

8. Ikan "Jelly"

Sebuah ikan aneh berkaki panjang (dua meter panjangnya!) Ditemui mati di luar pantai Bahia, Brazil pada September lalu. Setelah dilakukan penelitian, ternyata ikan itu adalah ikan jenis langka bloblike dari laut bahagian dalam. Ikan ini kemudian diberi nama jellynose fish, kerana bentuk tubuhnnya yang lembut, hidung yang pesek dan tubuhnya tidak mempunyai cangkang dan langsing.

7. Sepasang Labah-labah "Aneh"


Betina dari spesies labah-labah ini mempunyai panjang kaki hingga 5 inci (12sentimeter), sedangkan yang jantan hanya kira-kira satu inci (2.5 sentimeter). Labah-labah ini adalah binatang langka di dalam habitatnya di selatan afrika dan madagascar (walaupun mereka tidak masuk ke dalam filem Madagascar). Keunikan lain dari labah-labah ini adalah jaring yang dibuatnya berukuran raksasa dapat mencapai hingga tiga kaki (satu meter) lebarnya.

6. Tikus "Raksasa"


Pertama kali ditemui di kawah dari gunung berapi tidak aktif Bosavi di Papua New Guinea. Gunung berapi raksasa ini mempunyai kawah dengan lebar sekitar 2,5 batu dan dikelilingi oleh dinding setinggi hampir 1,5 batu. Tikus ini memiliki berat 3,5 pon,dan panjang sekitar 32 inci dari hidung sampai ke ekor, memiliki bulu berwarna perak agak abu-abu, dengan bulu tipis seperti dari kapas.

5. Labah-labah "Vegetarian"


Haiwan berkaki lapan yang diberi nama bagheera Kiplingi itu, hidup di Amerika Tengah khususnya Mexico dan Costa Rica. Labah-labah vegetarian yang besar tubuhnya hanya seukuran kuku orang dewasa itu memangsa hujung daun akasia. Dari pemerhatian yang dijalankan menggunakan rakaman video dan analisis kimia menunjukkan labah-labah tersebut tetap mendapatkan sebahagian besar makanan daripada tumbuhan. Populasi di Mexico memperoleh 90 peratus makanan dari jaringan tumbuhan dan selebihnya larva semut, manisan, dan lain-lain.

4. Hiu "Seksi"


Spesies baru ini diberi nama Hydrolagus Melanophasma atau nama-nama lain adalah yu hantu hitam. Yu ini ditemui di perairan California. Tidak seperti yu pada umumnya, yu jantan mempunyai organ seksual pada dahinya berbentuk seperti tanduk.

3. Cacing "Raksasa"


Sebuah spesies amfibia baru dapat bertahan hidup di atas tanah tanpa lubang hidung,paru-paru, atau kaki, makhluk ini kemudian diberi nama Caecilita iwokramae. Pertama kali ditemui di Guyana, makhluk ini adalah sebahagian daripada kumpulan amfibia yang dikenali sebagai Caecilian. Hanya ada satu spesies Caecilian lain yang diketahuihidup tanpa paru-paru. Secara umum, kehadiran paru-paru adalah salah satu ciri-ciri kunci yang membuat amfibia berbeza dari ikan. Caecilita hidup di darat dan hanya 4,4inci (11 cm), sementara panjangnya mencapai 27,5 inci (70 cm).

2. Ikan "Drakula"


Ikan yang jantan mempunyai taring seperti dracula sehingga ikan ini diberi nama Danionella Dracula. Ditemui di London 's Natural History Museum di dalam sebuah tangki dari akuarium ikan. Ikan ini sebenarnya ditangkap di Myanmar (Burma) dan dihantar ke muzium di London. Pada kenyataannya taring yang dimiliki ikan ini tidaklah digunakan untuk memburu mangsanya akan tetapi untuk bertarung dengan sesamanya.

1. Burung yang sudah Punah

Spesies burung ini dulu hanya dapat kita lihat pada gambar-gambar di muzium haiwan kerana burung ini dianggap telah pupus dari dunia ini oleh para ahli, akan tetapi tahun ini ditemui kembali di Filipina, hanya saja ketika ditemui burung ini dalam perjalanannya menuju ke periuk untuk dimasak ! Burung ini ditemui oleh seorang pemburu burung di pulau Luzon, Filipina.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...