7 Gangster Wanita Paling Terkenal Di Dunia

 1.Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang).


Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di Melbourne. Dia di gelar'family matriarch' yang mengubah Melbourne menjadi Dodge City.


2.Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang).



Di bandar Chongqing,Cina kerajaan melaksanakan tindakan keras terhadap jenayah terancang. sebuah operasi besar-besaran telah dilancarkan dan menangkap hampir 1.500 penjenayah, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping.Sebagai ketua, Caiping menjalankan pusat perjudian haram dan merasuah anggota polis untuk mengelak dikenakan tindakan.


3.Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sampai sekarang)


Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi "GodMother" Mexico.Pak ciknya adalah pengedar dadah di mexico.Dia mendapat gelaran 'Ratu Pasifik' kerana dia menjadi orang tengah antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan rahsia penyeludupan dadah di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.  Sandra dipenjara dan menghadapi tuduhan jenayah terancang dan pencucian wang.

4.Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang).



Wanita ini menjadi gangster kerana rasa sedih akibat saudaranya ditangkap pihak polis Itali. Dia kemudian meneruskan bisnes milik saudaranya itu. Dia menjadi senarai suspek yang paling dikhendaki di Itali,kerana dia termasuk anggota keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NC ) iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah menyerbu balai polis Itali di tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan sampai akhirnya menyerah diri.

5.Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang).



Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan "Capo di Tutti Capi" gangster dari Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih terancang, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka.Perniagaan yang paling menguntungkan yang diusahakan keluarga Licciardi adalah pelacuran di Camorra.Padahal sebelum itu, ada beberapa jenis kod peraturan yang melarang mafia mendapatkan wang dari pelacuran.


6. Maria Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang).


Seorang ibu 44 tahun dengan 13 orang anak mungkin kedengarannya tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi pemimpin pengedaran dadah dan ubat bius yang menguasai timur laut Los Angles dan Beirut. Dia menjalankan bisnesnya untuk memberikan pendidikan bagi anak-anaknya.


7.Griselda Blanco (status tidak diketahui)


Ketika berusia 11 tahun, dia menculik anak orang kaya yang tinggal bersebelahan dengan temapt tinggalnya dengan harapan mendapatkan wang tebusan. Ketika orang tua dari anak yang diculiknya menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan, dia menembak anak itu.Setelah pindah ke New York dari colombia di era 70-an dan memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah, Blanco pindah ke Miami untuk menghindari tuduhan mahkamah.

Di sanalah dia meletakkan dasar bagi Miami untuk menjadi ibukota kokain di Amerika Syarikat.Blanco diyakini telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan selama kariernya, termasuk (kemungkinan besar) ketiga suaminya. Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan masa 16 tahun di penjara. Ketika dia dibebaskan pada tahun 2004, dia di hantar pulang kembali ke colombia dan tidak pernah dilihat sejak itu.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...