iPad Review : Reka Bentuk iPad yang Sempurna

Walaupun kini terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang membolehkan anda melayari Internet dengan serta-merta, namun skrin telefon yang kecil tidak menggalakkan pengguna untuk membaca artikel yang panjang. Manakala komputer riba pula sudah tentunya tidak mudah dibawa ke mana-mana, meskipun mampu menyediakan ruang skrin yang besar untuk pembacaan.

Di sinilah iPad direka untuk dijadikan sebagai alat membaca yang mudah dibawa dan masih menyediakan ruang skrin yang besar untuk pengalaman membaca yang memuaskan. Jadi pada entri kali ini, kita akan lihat rekabentuk iPad yang dibina khas untuk memenuhi kehendak ini:

Multi-touch:

Pengalaman skrin sentuh pada iPad adalah sangat lancar. Anda boleh sentuh, slide, dan pinch untuk pelbagai operasi yang terdapat pada iPad.

Bagi saya skrin sentuhlah yang telah membuka ruang imaginasi yang tidak terbatas kepada aplikasi yang boleh dibina pada iPad. Oleh kerana ia tidak tidak lagi terhad kepada penggunaan tetikus dan papan kekunci, aplikasi boleh dibina untuk menyerupai objek sebenar, dan berinteraksi seperti objek sebenar.

Contoh dapat kita lihat pada aplikasi Virtuoso. Ia membolehkan anda bermain piano sama seperti piano yang sebenar!


Ruang skrin yang besar:

Skrin iPad adalah bersaiz 9.7 inci. Dilengkapi dengan resolusi yang tinggi, skrin sebesar ini membolehkan anda boleh melayari laman web pada saiz yang biasa. (tidak perlu menggunakan versi mobil serperti pada telefon pintar).


Ringan dan nipis:

Dengan ketebalan 1.5 inci serta berat 0.68kg, iPad sangat mudah dibawa kemana-mana dan senang dimuatkan ke dalam beg. Cuma apabila anda menggunakannya, adalah lebih baik untuk meletakkan ke atas riba atau meja kerana memegang dengan tangan akan meletihkan.


Ketahanan bateri:

Sepanjang saya menggunakan iPad, bateri tidak langsung menjadi isu. Ia mampu bertahan sehingga sehari apabila saya hanya menggunakannya secara kasual. iPad juga mudah dicaj semula melalui plag elektrik ataupun kabel USB.


Wi-Fi dan 3G:

iPad mengesan Wi-Fi dengan baik, dan sambungan dibuat dengan lancar sekali. Ia juga menyediakan slot mikro-sim supaya anda boleh menggunakan 3G di kawasan yang tidak mempunyai Wi-Fi.

Sambungan ke komputer:

iPad direka untuk membuatkan anda memuat-turun kandungan terus daripada Internet, samada percuma ataupun berbayar melalui Apple Store. Suasana tertutup ini adalah biasa bagi mana-mana produk Apple, jadi pemindahan fail/dokumen daripada komputer adalah tidak digalakkan.

Namun anda masih boleh menyambungkan iPad kepada PC/Mac untuk menyalin kesemua muzik, video, dan buku elektronik yang terdapat pada iTunes.


Rumusan

Apple memang terkenal dengan rekabentuk produk yang sangat licin, kemas, dan elegan, dan iPad adalah tidak terkecuali. Saya tidak jumpa apa yang kurangnya pada rekabentuk iPad ini.

Cuma bagi sesetengah orang, ada yang berharap ia dilengkapi dengan kamera. Namun bagi saya kamera bukanlah fungsi paling kritikal kerana iPad adalah lebih kepada alat untuk membaca dan hiburan. Lagipun, pelik juga la kan kalau nak keluarkan iPad yang besar gedabak ini untuk mengambil gambar.

Selain daripada saiznya yang sangat mudah dimasukkan ke dalam beg, ketahanan bateri juga merupakan faktor penting yang menjadikan iPad kawan baik si pengembara. Jika anda suka merantau keluar negara misalnya, iPad akan menjadi sangat berguna untuk mencari maklumat dengan pantas.

Sampai di sini sahaja ulasan saya mengenai iPad dari segi perkakasan. Nantikan banyak lagi ulasan iPad di Sembang Komputer, semoga ketemu lagi ya pak!

Credit: Sembang Komputer

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...