Bangunan Solar Terbesar dan Tercantik di Dunia

 

Jepun memang hebat. Bangunan yang direka oleh Jepun adalah kalis dengan bencana (menurut mereka). Dan antara bangunan yang terhebat adalah bangunan solar ini - Sanyo Solar Ark. Bangunan ini dibina bersama kepingan-kepingan panel solar yang dapat menjana tenaga elektrik. Ia juga bangunan yang kalis gempa sehingga 7 pada skala ricther. Ia juga dapat menahan kelajuan angin sehingga 34m/s. Bangunan ini siap dibina pada 2001.



Sanyo Solar Ark merupakan bangunan solar terbesar dan boleh dikatakan tercantik di dunia. Dibina oleh Panasonic yang merupakan sebahagian daripada Sanyo Electric Company Limited ini terletak di wilayah Gifu. Bangunan ini mempunyai kelebaran 315 meter dan ketinggian 37 meter, merupakan antara tarikan apabila anda menaiki keretapi laju - Tokaido.

Bangunan ini menempatkan sebuah muzium solar, seumpamanya di dunia yang dianggap unik. Muzium ini boleh dilawati secara percuma.




Struktur utama bangunan ini terdiri dari kekuda keluli tiga dimensi. Dan berikut adalah beberapa spefikasi bangunan itu secara terperinci:

  • Luas kawasan keseluruhan: 3294.48m ²
  • Kawasan ketinggian bahagian hujung: Approx. 7500 m²
  • Panjang keseluruhan: 315m
  • Tinggi: 31.6m (tengah) - 37.1m (kedua-dua hujung)
  • Lebar: 4.3m (atas) - 13.7m (bawah)
  • Jarak antara tanah dan asas bangunan di kedua-dua hujung: 20m
  • Jarak antara tiang: 126.6m memanjang dan 13.7m lebar
  • Julur: 94.2m dari ruang kepada akhir
  • Berat: 3000 tan metrik

Ark atau Bahtera ini ditutup dengan 5046 panel solar. Dengan jumlah panel solar yang ada itu, sudah semestinya ia dapat menjana banyak tenaga. Pembinaannya merupakan satu visi murni oleh Sanyo untuk memastikan alam sekitar sentiasa bersih. Dikatakan perbelanjaan yang diperuntukkan untuk menampung kos elektrik bangunan tersebut disalurkan kepada Dana Alam Sekitar Sanyo. Dengan dana ini, Sanyo menggunakannya untuk membiayai aktiviti-aktiviti pemuliharaan alam sekitar.





Selain daripada menjana kira-kira 530,000 KWHr elektrik, bangunan itu juga mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 167 tan dan menjimatkan kira-kira 120,000 liter petroleum setahun.

Hebat bukan?


Sumber: Sanyo Solar Ark dan Panasonic - Sanyo Solar Ark

2 comments:

  1. minx izin nak download gambar..untuk projek kat sekolah..c:

    ReplyDelete
  2. bangunan ini sudah tiada lagi rasanya ...

    ReplyDelete

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...