Mercedes Benz Biome Guna Bio Fiber , Lebih Ringan Dari Plastik , Lebih Kuat Dari Besi


Dalam kesedaran dunia mengenai pentingnya alam sekitar, maka telah wujud pelbagai rekaan hebat, teknologi hijau yang memungkinkan lebih kelestarian alam dalam produk keluaran syarikat-syarikat gergasi dunia.

Antara yang menarik ialah kereta konsep oleh syarikat multinasional, Mercedes Benz. Mereka telah memperkenalkan sebuah kereta yang direka dari bahan yang sebelum ini tidak wujud lagi di dunia iaiti BioFiber.

BioFiber dikatakan merupakan bahan yang lebih ringan dari plastik, dan lebih kuat daripada besi. Ia digunakan untuk merekacipta dan merekabentuk kereta konsep mereka iaitu Mercedes Benz BIOME.


Kereta ini seberat 875.5 pounds iaitu 397.12 kg sahaja! Dan lebih menarik ialah kereta ini boleh biodegradesi atau boleh dilupuskan secara semulajadi. Selain itu, ia juga dalam proses untuk mengenengahkan konsep di mana kereta ini menjana tenaganya menerusi penghasilan BioNectar4534 (oksigen dikeluarkan dari tenaga digunakan).


Saya fikir teknologi hebat begini patut diberikan satu kepentingan pembangunan tertentu. Ini adalah kerana ia memberikan impak yang baik buat manusia sejagat. Kita dah terlalu lama merosakkan alam sekitar, kini tiba masanya kita memberikan semula alam sekitar akan hak yang sepatutnya diterima.

Dengan adanya kereta seperti ini, mungkin persepsi bahawa teknologi dan pembangunan merosakkan alam dapat dihakis.

Dah kaya raya, dah tiba masanya (walaupun saya fikir dah banyak terlewat) menggunakan hasil keuntungan berlipat kali ganda untuk satu pembangunan yang lebih bermakna.




Sumber: Tech Journal

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...