Tidak semua manusia di dunia ini menanam mayat 6 kaki di dalam tanah. Ada bermacam cara manusia menanam atau menyemadikan mayat. Di bawah ini ada beberapa gambar kubur-kubur tersebut
Underwater Graveyard
Neptune Memorial Reef, tiga batu dari Key Biscayne, Florida menawarkan tempat peristirehatan terakhir bagi orang-orang yang mencintai laut. Mayat dibakar, kemudian dicampur dengan simen dan diletakkan di dasar laut dengan tanda memorial. Perkuburan ini terletak 14 meter di bawah permukaan.
Hanging Coffins
Tebing batu kapur di Sagada, Filipina nampak seperti tempat yang tidak mungkin untuk dikebumikan. Bahkan, ramai orang yang meninggal di sini tidak pernah berkubur, tapi masih ada di dalam peti mati mereka yang tergantung di permukaan tebing itu.
Peti mati yang tertua dikenal pasti ada di sana lebih dari seratus tahun, meskipun begitu kebiasaan menempatkan peti mati di tempat-tempat yang hampir tidak dapat dikunjungi di tebing tersebut dimulai beberapa ribu tahun yang lalu. Penduduk cenderung untuk dikuburkan di dalam tanah hari ini.
Capuchin Catacombs
Capuchin Catacombs di Palermo, Itali adalah rumah bagi ribuan mumia yang dipamerkan. Mayat yang telah dibalsem dikebumikan di kubur bawah tanah (catacomb) tetap dijaga lebih baik daripada tempat pengkebumian lain.
Fontanelle Cave Tombs
Fontanelle Cemetery ini terletak di gua-gua bawah tanah di Naples, Itali. Bekas lombong batu pertama kali digunakan untuk pengebumian pada 1656 sebagai respon terhadap jumlah sangat besar daripada kematian kerana wabak.
City of the Dead
Dargavs, Ossetia Utara mempunyai koleksi 95 batu pembinaan dikenali sebagai Kota Orang-Orang Mati (City of the dead). Beberapa antaranya berada di bawah tanah, yang lain adalah di atas tanah, dan yang lain adalah sedikit daripada keduanya.
Sedlec Ossuary
Sedlec Chapel dekat Kutna Hora, Republik Czech telah menjadi perkuburan selama hampir 900 tahun. Pada waktu itu, ribuan mayat dikebumikan kerana wabak, peperangan, dan gejala alam.
Colma Necropolis
Ketika San Francisco melewati sebuah ketetapan yang melarang pengebumian baru pada tahun 1900, pengebumian pindah ke daerah di sekitar bandar kecil Colma, California. Pada tahun 1912, San Fransisco mulai merelokasi pengebumian yang ada untuk Colma. Pekan itu mempunyai 17 tempat pengkebumian bagi orang dan satu untuk haiwan kesayangan. Yang mati lebih banyak daripada yang hidup dengan seribu nisbah satu! Colma memiliki 1,500 penduduk dan sekitar 1.5 juta kubur.
0 comments:
Post a Comment