Tenggelamnya Kapal Vasa


Sekitar abad ke-17,negara-negara Eropah mula membangunkan angkatan kapal perang moden untuk menguasai lautan Baltic.Kemunculan kuasa baru armada perang seperti Sweden,bukan saja mahu menjadi pemain utama teknologi perang laut tetapi sebagai pesaing utama kepada Poland dan Jerman yang ketika itu merupakan negara yang sedang membangunkan aset ketenteraan untuk muncul sebagai kuasa Eropah.

Pada ketika itu,Sweden juga sedang berusaha menghadapi serangan daripada musuh ketatnya,Poland.Demi mempertahankan negara,Raja Gustavus Adolphus yang memerintah Sweden pada tahun 1625,mengarah angkatan tenteranya untuk membina kapal perang baru,dan salah satunya adalah Vasa yang dijadikan kapal utama.

Pembinaan Vasa diketuai oleh orang Pembina beberapa kapal perang baru,dan salah satunyaadalah Vasa yang dijadikan kapal perang utama.
Pembinaan Vasa diketuai oleh seorang Pembina kapal yang berpelangaman dari Belanda,Henrik Hybertsson yang beroperasi di Limbungan Kapal Stockholm.Apa yang membezakan kapal Vasa ini dengan kapal perang lain,iatelah dilancar secara besar-besaran dan dijadikan tontonan umum.

Tetapi,apakah yang menariknya tentang armada perang ini sehingga ia dilancarkan secara terbuka kepada penonton?
Pembinaan kapal Vasa yang mengambil masa selama tiga tahun ini telah dilengkapi dengan 64 meriam dan ditempatkan di atas dua dek dan ini belum pernah dibina pada mana-mana kapal perang.Sedia dilepaskan pada 10 Ogos 1628,ribuan orang termasuk diplomat dan tetamu asing berada di Limbungan Kapal Stockholm hadir untuk menyaksikan pelayaran sulung kapal perang yang dianggap terbesar dan tercanggih di Eropah pada ketika itu.

Sebaik sahaja tembakan meriam dilepaskan di udara sebagai penghormatan kepada pelayaran pertama Vasa bersama 150 anak kapal,armada perang itu bergerak perlahan-lahan meninggalkan penonton yang hadir sambil diiringin tepukan gemuruh.

Namun,satu kejadian yang tidak disangka-sangka telah berlaku.Selepas bebrapa minit pelayaran,kapal perang Vasa dilihat terumbang-ambing di laut!Kelihatan air laut mula memaseuki ruang meriam yang buka menyebabkan bahagian sebelah kanan kapal mulai senget dan tenggelam secara perlahan-lahan.

Disaksikan oleh ribuan orang,hanya dalam tempoh minit sahaja,keseluruhan kapal perang gergasi itu akhirnya tenggelam ke dasar laut,sekali gus meragut nyawa 30 hingga 50 orang anak kapal yang tidak sempat untuk menyelamatkan diri.Lebih menyayat hati,kejadian itu berlaku betul-betul di hadapan ribuan tetamu yang hadir untuk menyaksikan peristiwa bersejarah bagi negara Sweden.

Sebaik sahaja kejadian itu,kapten kapal Vasa,Sofring Hansson telah ditahan oleh kerajaan Sweden untuk disoal siasat.Justeru,pelbagai teori telah dikemukakan berhubung kejadian yang menimpa kapal Vasa itu. Ada yang mengatakan tempoh pembinaannya terlalu singkat,memiliki dua dek untuk menempatkan meriam berbanding kezaliman kapal perang hanya mempunyai satu dek sahaja dan factor kedudukan meriam yang diletakkan di bahagian paling tinggi berbanding kapal barang yang meletakkan muatan di bahagian bawah.Semua factor itu menyebabkan Vasa menjadi tidak seimbang apabila ia berada di atas air.Selain kapten kapal,turut dipersalahkan ialah Hybertsson yang meninggal dunia sebelum sempat menyiapkan pembinaan Vasa.Kerja itu kemudian disambung oleh rakan kongsi bersama adiknya,Laksamana Klas Fleming yang turut ditangkap kerana tidak menghentikan segera pelayaran Vasa apabila melihat kapal itu berada dalam keadaan tidak stabil.Malah,Raja Gustarus turut dipersalahkan kerana meminta Vasa disiapkan dengan kadar yang segera selain beliau juga tidak muncul ketika pelancaran kapal Vasa itu.


 

Namun,terkuburnya Vasa di dasar laut pada tanggal 10 Ogos 1628 itu tidak berakhir begitu sahaja.Selepas 333 tahun peristiwa itu,pada 24 april 1961,akhirnya ia muncul kembali pada permukaan limbungan kapal Stockholm.
Kejayaan menimbulakan semula Vasa yang terbenam ira-kira 30 meter di dasar laut adalah kerja keras selama lima tahun pasukan yang ditubuhkan khas kerajaan Sweden bermula pada tahun 1956.Orang pertama menemui bangkai Vaa ialah pakar pencari kapal karam,Andres Franzen,yang dibantu pasukan penyelam daripada tena laut Sweden,diketuai Per Edvin Falting.

Menariknya apabila kapal kapal itu timbul di permukaan air,lebih 60 peratus bentuk kapal itu berada dalam keadaan asal,kecuali terdapat kerosakan pada bahagian tertentu sahaja.Penemuan Vasa telah dianggap satu keajaiban kerana bahan yang tidak disentuh pada bad ke-17 masih kekal seperti sedia kala ketika ditemui semula pada abad ke-20.



Sebaik kapal itu ditimbulkan,pasukan arkeologi muzium membaiki dan memulihara semula bahagian Vasa yang mengalami kerosakan.Bahan kimia khas dikenali sebagai polyethylenglycol(PEG) digunakan untuk mengekal serta memulihara kapal berkenaan supaya tidak mengecut atau buruk apabila kapal itu dikeringkan.

Pada 1962,sebuah muzium sementara dikenali Muzium Vasa di Stockholm dibina bagi menempatkan Vasa dan ia dianggap sebagai bahan tunggal terbesar pernah dipulihara.Kini,Muzium Vasa dianggap antara muzium luar biasa dan paling popular di Eropah.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...