Misteri Dua Mangsa Karam Titanic

DUA bekas penumpang mangsa kapal karam Titanic di Lautan Atlantik pada tahun 1912 yang telah disahkan mati ditemui semula dalam keadaan masih HIDUP SELEPAS 79 TAHUN!!Mereka-seorang penumpang wanita,Winnie Coutts dan seorang Kapten Kapal Titanic,E.J.Smith. Keduanya dijumpai pada tarikh yang berbeza.


Coutts ditemui di atas pergunungan ais pada jarak 227 km barat daya Iceland di Atlantik Utara.Dia berjaya diselamatkan oleh seorang kapten kapal,Carl-Jorgen Hus pada 24 September 1990.Kesihatannya dilaporkan baik walaupun dalam keadaan basah dan minggigil kesejukan.

Setahun Kemudian,Smith pula ditemukan di Lautan Atlantik pada 9 Ogos 1991.Penemuan mereka ini bagaimanapun menimbulkan misteri yang sukar difahami oleh logik akal.


Kedua-duanya masih mengenakan pakaian yang sama sebelum tragedi-Coutts ditemui dalam keadaan berpakaian fesyen lama.Stim pula dilaporkan kekal mengenakan busana seragam kapten dan merokok paip lamanya.Ketika diselamatkan,mereka percaya saat itu masih berada dalam tahun 1921.

Sebelum tragedi Coutts berusia 29 tahun dan umur Smith dalam lingkungan 60-an. Ketika ditemui usia mereka seharusnya 108 tahun dan 139 tahun.menghairankan,keduanya tidak kelihatan tua sedikit pun,walaupun lebih tujuh dekad berlalu.Kisah pernemuan mereka ini telah diterbitkan dalam majalah Weekly World News Edisi bulan Jun 1992.

Tapi,sejauh mana kesasihan cerita tersebut???ADAKAH IA HANYA PALSU? Peliknya,jika kisah ini memang nyata berlaku,mengapa perkara ini TIDAK PERNAH DIHEBOHKAN MENERUSI TELEVISYEN ATAU MEDIA ANTARABANGSA??? Mangsanya juga TIDAK PERNAH DIWAWANCARA DAN BERBICARA TENTANG PERKARA INI? Pastinya terlalu banyak spekulasi dan tanda-tanya timbul sejak penyiarannya????

Banyak spekulasi dan tanda-tanda timbul sejak tersiarnya cerita ini.Apabila diselidik,Nama kedua mangsa ini tertera dalam senarai penumpang kapal Titanic yang berlayar dari Great Britain ke America Syarikat pada tahun 1921.Oleh kerana cerita ini agak menganehkan,maka ramai mengaitkan peristiwa itu dengan lorong waktu.Kononnya,mangsa telah melalui satu ruang dari masa silam ke masa kini.Persoalannya,apakah lorong waktu itu memang wujud?

Pengurusi Pusat Pengajian Fizik Gunaan,Fakulti Sains dan Tektonologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr.Shahidan Radiman menjelaskan,kewujudan lorong waktu secara teori memang dibenarkan.Baik di sekitar lohong hitam (black hole) mahupun secara keadaan biasa.Maknanya,kemungkinan besar  terdapat lohong hitam di tengah-tengah kebanyakkan galaksi di luar angkasa.Pada keadaan biasa di bumi pula kalau adapun kemungkinan ialah baby blackhole(lohong hitam kecil).

Begitupun pun,perkara ini masih memerlukan pembuktian saintifik.Dan inilah yang cuba diwujudkkan melalui eksperimen Large Hadron Collider (LHC)-peralatan saintifik raksasa di Geneva.Terletak 100 meter di bawah tanah meliputi sempadan Switzerland dan Perancis.

Kata Dr.Shahidan,jika mengikut Teori Supertali(Superstring),zarah-zarah asas yang membentuk diri kita dan alam semesta ini semuanya wujud dalam keadaan terpendam dan tersimpan.Tetapi akan terbuka jika ruang-masa yang terpendam itu teruja untuk melakukan eksperimen dengan tenaga tinggi.

Saat itu,ramai ahli fizik percaya bahawa skala yang sangat kecil, ruang-masa akan menjadi kabur.Pada Skala itu juga masa akan hilang dengan sendirinya.Begitu pun,seorang ahli Falsafah Islam,Mir Damad pernah mencadangkan bahawa Allah SWT tidak menciptakan alam semesta ini tanpa masa atau Wujud Dahri.

Justeru,sama ada kita boleh kembali ke masa lalu dan ke masa depan,secara jasad atau jasmani mengikut hukum fizik memang tidak boleh berlaku.Tetapi,hal ini berkemungkinan terjadi secara roh dijadikan oleh Allah SWT semenjak zaman Nabi Adam a.s. lagi.Roh itu kemudiannya dimasukkan ke dalam jasad-jasad bayi yang di kandung wanita hamil.

Sekiranya manusia dapat menguraikan hukum fizik pada skala Planck(lebih kecil daripada 10-35 meter)dan Teori Supertali dapat dibuktikan benar,kemungkinan rahsia masa dapat diketahui dan mesin masa mungkin dapat diciptakan.Mengapa beliau berkata begitu?Ada dua sebab.

Pertama,eksperimen jirim gelombang telah membuktikan bahawa sifat jirim itu lokal-sesuatu zarah boleh berada di dua tempat pada jarak yang melebihi saiznya. Kedua,masa itu mungkin tidak asasi atau fundamental sifatnya.Ini bermakna dimensi masa mungkin boleh dijumudkan(dibekukan).Oleh itu,dulu,sekarang dan masa depan sudah tidak mempunyai perbezaan.

Adapun hipotesis itu buat masa ini masih menjadi bahan bahan kajian.Pelbagai spekulasi berhubung hal ini yang memerlukan penjelasan terperinci dan pemerhatian lebih dari fizik

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...