Misteri Tasik Baikal : Tasik Paling Dalam dan Tertua di Dunia


Tasik Baikal terletak di selatan Rusia di wilayah Siberia, antara Irkutsk Oblast dan Republik Buryat.
Tasik itu adalah yang paling dalam (1620 meter), tertua berusia lebih kurang 30 juta tahun dan yang  kedua terbesar selepas Laut Kaspia.

Tasik ini dikenali sebagai salah satu daripada keajaiban semulajadi yang paling menakjubkan di dunia dan mengandungi satu perlima air tawar dunia.  Ia juga dikenali kerana saiznya.

Satu daripada 800 spesis yang menjadi tuan rumah Baikal ialah anjing laut, satu misteri saintifik memandangkan tasik itu ialah beratus kilometer dari laut terdekat.

Pada musim sejuk, Baikal sering membeku di landasan kereta api Siberia. Sejak 1992 tasik itu dan keseluruhan kawasan yang mengelilinginya telah ditetapkan sebagai taman negara.
Baikal yang kini merupakan tempat perlindungan untuk pencinta alam dan satu destinasi percutian indah.



0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...