2012 Bumi Akan Memiliki 2 Matahari ?

Berdasarkan kajian ahli astronomi, bintang kesembilan terbesar di langit iaitu ‘Betelgeuse’ telah mengalami kehilangan jisim yang mungkin mengakibatkan keruntuhan graviti. Brad Carter, seorang pensyarah senior fizik di Universiti Utara Queensland menjelaskan kepada news.com bahawa dasar bintang tersebut dalam proses kehabisan bahan bakar dimana ianya merupakan sumber untuk Bintang Betelgeuse untuk hidup dan bersinar.
Menurut Brad Carter, apabila bahan bakar bintang tersebut habis,

Betelguese akan pecah dan berkecai dan fenomena ini berlaku dalam sekelip mata. Ledakan daripada pecahan tersebut akan menghasilkan cahaya yang berjuta kali ganda lebih terang daripada matahari. Maknanya, 24 jam diBumi akan terang benderang..
“Betelguese akan meletup dan menyala”, ujar Carter. “Kita akan berada dalam keadaan ‘siang’ luar biasa untuk jangka masa yang singkat selama beberapa minggu. Mungkin mengambil masa hingga berbulan bulan baru ianya akan mula pudar dan akhir sekali kembali kepada keadaan normal.”
Tapi apa kaitan dengan 2012 bumi akan memiliki 2 matahari?

Sabar kawan.. Meh teruskan. Ramai menjangkakan bahawa letupan supernova merupakan petanda kiamat.(Kebetulan kalendar Maya meramalkan kiamat pada tahun 2012, tambahan lagi perkataan ‘Betelguese’ mempunyai kaitan yang kuat dengan syaitan.)

brad%20carter 2012 Bumi Akan Memiliki 2 Matahari?
Dr Brad Carter

Brad Carter sekali lagi menafikan dunia tidak akan kiamat pada 2012. Tetapi fenomena pelik dan aneh akan berlaku sepanjang tahun tersebut melibatkan kejadian bintang yang terdapat di alam semesta.
Brad Carter menjelaskan bahawa bumi juga akan ‘berhujankan’ partikel2 kecil(neutrino) yang tidak berbahaya hasil daripada letupan bintang tersebut.. – Times.com

2 Matahari? oh. Tidak tidak tidak.. cuma cahaya yang cerah diangkasa disebabkan letupan bintang Betelgeuse menjadikan bumi kelihatan ada 2 sumber cahaya dimana sumber yang pertama adalah dari cahaya matahari sendiri. Diharap anda boleh terima

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...