Tips Melajukan Loading Blog :Optimakan Penggunaan Gambar

melajukan blog wordpress Tips Melajukan Loading Blog:Optimakan Penggunaan Gambar
Gambar boleh memperlahankan loading blog terutamanya jika saiz gambar tersebut adalah besar. Untuk mengurangkan saiz gambar yang hendak diupload, gunakan perisian seperti Paint, photoshop dan sebagainya yang ada pada laptop anda. Selain itu, gunakan aplikasi “from url” jika anda nak masukkan gambar ke dalam artikel.

Maksud “from URL” disini adalah anda menyimpan koleksi gambar pada web lain seperti Picasa, Flickr, imgur.com dan sebagainya kemudian copy URL gambar tesebut dan paste pada artikel anda. Cara ini juga mampu mengurangkan penggunaan saiz server.
Jika tidak menggunakan software editor gambar pada laptop, anda boleh menggunakan aplikasi web iaitu online image optimizer untuk mengurangkan saiz gambar. Jangan risau, anda boleh memilih kualiti gambar mengikut saiz yang sesuai.

Selain mengoptimakan penggunaan gambar, pemilihan format yang betul juga adalah faktor penting. Anda harus menggunakan format seperti JPEG, PNG dan GIF dan bergantung kepada jenis gambar dan saiz yang sesuai untuk blog.

Untuk cara yang lebih baik dan pasti berkesan adalah dengan mengurangkan gambar pada blog. Tetapi anda mesti nak blog kelihatan cantik dan berhias. Kan gambar adalah penyeri.. icon razz Tips Melajukan Loading Blog:Optimakan Penggunaan Gambar Apa pun, jika anda mengaplikasikan tips diatas dengan bijak, blog anda tetap kelihatan berseri dan masalah kelembapan blog pun dapat diatasi. Belajar dan belajar. Itu adalah kunci kejayaan.
Jadi, saya harap artikel di atas dapat membantu anda dan jika ada soalan, jangan segan untuk mengisi ruang komen dibawah.Salam kejayaan. icon smile Tips Melajukan Loading Blog:Optimakan Penggunaan Gambar

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...