Tips Memilih Fesyen Kardigan

 
makin popular fesyen Cardigan (Kardigan) ni. Antara yang suka pakai ialah gadis-gadis Melayu yang bertudung, ia dah jadi satu trend baru. Dan baru-baru ini, saya ada menonton Safiyya di TV9, dan nampaknya, pengacara Rina Salleh (Bekas Juara Gadis Melayu) juga mengenakan fesyen Cardigan ini.

Pakaian fesyen Cardigan digayakan oleh Rina Salleh semasa trip ke China. Foto: Blog Rina Salleh

Saya bukanlah seorang yang terang mata mengenai fesyen, namun secara subjektif saya nampak fesyen ini amat sesuai untuk gadis-gadis Muslim. Masakan tidak, ia tidak ketat, tidak menampakkan liuk tubuh. Ia sesuai kerana ia pakaian longgar dan santai.

Dan semua tahu bahawa wanita merupakan target fesyen, jadi perlulah wanita menyesuaikan pakaian dan fesyen ikut kehendak yang sesuai, dan paling penting ia tidak melanggar adat dan hukum. Dan dengan sedikit ubahsuai, aksesori tertentu, fesyen Cardigan ini boleh dipakai samada untuk bersantai, bersama keluarga, bershopping mahupun ke pejabat. Di sini saya berikan sedikit tips untuk berpakaian Cardigan.
4 Petua Memilih Fesyen Kardigan

  • Lengkapkan dengan tali pinggang - Untuk tambah kelainan anda boleh mengenakan tali pinggang di luar kardigan. Tali pinggang itu boleh yang model tirus atau yang lebar. Sama ada anda memakai kardigan berlengan pendek atau panjang, berpotongan ketat atau longgar, dengan skirt atau celana, semuanya akan memberi penampilan yang berbeza-beza. Supaya gaya tidak ‘mati’ anda boleh membuka beberapa kancing (butang) atas cardigan atau biarkan semuanya terbuka.
  • Pilih warna-warna cerah - Sesuai dengan usia muda, pemakaian kardigan dengan warna-warna cerah boleh menambahkan keceriaan pada penampilan anda. Tetapi harus ingat, kardigan dengan warna semula jadi seperti hitam, coklat, krim, atau biru tua memang wajib dimiliki. Jika ingin sesuatu yang berbeza anda juga boleh memilih kardigan warna cerah yang bermotif.
  • Tambahan aksesori - Untuk kardigan berwarna cerah yang polos, anda boleh menambah pemakaian aksesori seperti skaf dan beg tangan dengan motif yang lebih menarik seperti corak harimau atau bunga-bunga besar.
  • Beri sentuhan retro - Skirt atau gaun labuh potongan A-line yang dipadu padankan dengan kardigan akan memberikan gaya retro yang menarik. Untuk memberi kesan trendy, anda boleh menambahkan tali pinggang tirus berwarna kontra.
So selamat mencuba yer.  Dan pada mereka yang belum mencuba atau ingin mencuba fesyen Kardigan ini, anda boleh dapatkan daripada butik Rina Salleh. Untuk info lanjut sila ke blog Rina Salleh. KLIK SINI!

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...