Impian untuk menghidupkan kembali dinosaur dan haiwan-haiwan purba seperti di dalam filem Jurassic Park mungkin dikatakan satu langkah gila saintis dunia. Namun para saintis amat yakin dengan usaha mereka akan berhasil kelak dengan kejayaan mereka memetakan sebahagian besar kod genetik mammoth purba iaitu saudara gajah yang memiliki tubuh berbulu lebat dan panjang.
Senarai kod genetik tersebut mampu diterjemahkan daripada ekstrak sel 20 gumpalan rambut mammoth yang diambil daripada fosil mammoth yang ditemui di lapisan ais di Siberia, Rusia. Mamoth yang dapat membesar sehingga tinggi lebih daripada 5 meter ini hidup sekitar 10.000 tahun lalu.
Gambar ini belum dapat dipastikan kesahihannya secara tulen
Jika seluruh peta genetik (genom) berjaya dikodkan, maka ramai saintis percaya bahawa mungkin mammoth akan dapat dihidupkan kembali melalui sains bioteknologi. Saintis yang melakukan penyelidikan tersebut telah menjangkakan dalam 10 ke 20 tahun akan datang, mammoth mungkin sudah mampu dihidupkan kembali seiring dengan kemajuan perkembangan teknologi perklonan daripada sel induk, dan seumpamanyanya.
Meskipun demikian, masih belum ada seorang saintispun yang tahu bagaimanakah caranya untuk memanfaatkan kod genetik yang telah sempurna disusun tersebut agar ia boleh menghidupkan kembali seekor mammoth. Pastinya, para saintis harus menemui dahulu cara untuk menghasilkan embrio mammoth daripada bahan genetik berkenaan.
Bangkai haiwan yang dipercayai anak Mammoth
Mungkin boleh menggunakan sel gajah sebagai perantara yang mempunyai kod genetik yang tidak jauh berbeza dengan seekor mammoth. Namun apa sahaja caranya, pasti ia merupakan satu perkara yang sangat kompleks dan sukar untuk dilakukan pada saat ini namun ia belum tentu mustahil pada masa hadapan.
Para saintis Jepun yang terlibat dalam kajian fosil mammoth di Siberia berkenaan pula sedang mengusahakan satu cara lain untuk menghidupkan semula haiwan mammoth. Ketika ini saintis² jepun tersebut sedang mencari sisa sperma yang mungkin turut terawet di dalam tubuh bangkai mammoth yang mereka jumpai di Siberia terbabit. Jika sperma tersebut masih dalam keadaan baik, maka mungkin seekor haiwan dari zaman pra sejarah yang bernama mammoth akan dilahirkan semula daripada kandungan seekor gajah betina. Wallahualam.
Bangkai haiwan yang dipercayai anak Mammoth
0 comments:
Post a Comment