Adolf Hitler: Bangsa Aryan Juga Bangsa Yahudi


Siapa yang tidak kenal dengan Adolf Hitler. Biografi, filem dokumentasi, buku-buku, bahkan filem-filem hollywood juga banyak yang diinspirasikan daripadanya. Diktator Nazi ini dikenali sebagai tokoh rasis yang menganggap bahawa bangsanya iaitu Bangsa Arya@Aryan (Bangsa Jerman) sebagai bangsa yang paling unggul.


Di samping kebanggaannya pada bangsa Arya (dimana Hitler mengakui sebagai berbangsa  Arya), Hitler juga memandang rendah pada bangsa lain, khususnya Yahudi. Dengan terus-menerus Hittler menunjukkan kebenciannya pada kaum Yahudi. Tindakan diskriminasi sehingga genocide untuk "membersihkan" kaum Yahudi yang bertebaran ke seluruh Jerman. Kem-kem konsentrasi jiga didirikan untuk memisahkan kaum Yahudi dengan bangsa lain. Begitu besar kebencian Hittler pada kaum Yahudi sudah diketahui oleh dunia.

Tetapi tahukah anda bahawa dalam darah Hittler ternyata mengalir ‘darah’ Yahudi@Bani Israel? Berdasarkan ujian DNA yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan fakta yang mengejutkan, Hitler ternyata keturunan Yahudi dan Afrika.


Seorang jurnalis, Jean-Paul Mulders dan sejarawan, Marc Vermeeren yang menggunakan DNA untuk menjejak 39 ahli keluarga ‘sang Fuhrer’ awal tahun ini. Termasuk, seorang petani Austria yang diketahui satu-satunya sepupu Hitler, Norbert H. Sampel DNA juga diambil daripada seorang warga Amerika Alexander Stuart-Houston, 61, cucu saudara Hitler.

Sampel air liur yang diambil daripada orang-orang tersebut mengesahkan asal usul darah Hitler. Terdapat kromosom yang disebut Haplopgroup E1b1b (Y-DNA) terdapat dalam sejumlah sampel itu dan ia sangat jarang ditemui di Jerman, bahkan di Eropah Barat.

“Kes biasanya ditemui di Maghribi, Algeria, Libya, Tunisia dan juga diantara Yahudi Ashkenazi dan Sephardic,” kata Vermeeren, seperti dimuat laman Daily Mail, 23 Ogos 2010.

Haplogroup E1b1b1 yang menyumbang sekitar 18%-20% daripada bangsa Ashkenazi — dan 8.6%-30% daripada Sephardic-kromosom Y, menunjukkan salah satu pembangunan garis keturunan utama daripada penduduk Yahudi.

“Ini merupakan hasil yang mengejutkan,” kata Ronny Decorte, pakar genetik yang bersetuju yang Hitler mungkin mempunyai "akar keturunan" di Afrika Utara.

Majalah Knack mengatakan, DNA diuji dalam keadaan kawalan makmal yang amat ketat untuk mendapatkan hasil maksimum.

Ini bukanlah kes pertama kali sejarawan yakin bahawa Hitler berketurunan Yahudi. Ayahnya, Alois juga diyakini berketurunannya tidak sah bersama seorang pembantunya yang bernama Maria Schickelgruber, dan seorang lelaki Yahudi pada waktu itu berusia 19 tahun bernama Frankenberger.

Sebuah laporan menyebutkan, saudara Hitler, Patrick pernah mengirimkan sepucuk surat kepada bapa saudaranya — memperingatkan tentang isu sensitif soal darah campuran Alois Hitler.

Kerana perkara itu, Hitler pernah mengarahkan Hans Frank untuk menyelidiki hal itu. Sebelum Perang Dunia II tercetus, perkara itu diumumkan ‘tanpa dasar’.

Hal ini bertentangan dengan konsep Nazi terhadap dunia bahawa bangsa dan darah adalah persoalan umum. Untungnya Hittler telah terkubur dan menanti azab di alam Barzah, kalau tidak, mungkin ia tetap memilih untuk membunuh diri daripada menanggung malu ketika mengetahui bahawa beliau juga sebahagian daripada bangsa yang selama hidupnya berusaha untuk musnahkan.

Masih adakah bangsa yang menganggap dirinya lebih baik dari bangsa lain? Maha Sempurna Allah yang menilai manusia daripada ketakwaan, tidak peduli padawarna kulit, bangsa, bahasa, jabatan, dan harta yang mereka miliki.

Berkenaan dengan susur galur keturunan Bani Israel@Yahudi, bangsa Arya@Aryan juga tergolong dalam 12 puak Bani Israel yang hilang@lost tribe. Sila rujuk pada posting sebelum ini iaitu Bangsa Melayu Berasal dari Keturunan Bani Israel yang Hilang? ( https://www.facebook.com/note.php?note_id=238245459530871 )



Sumber: http://revealpics.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...