Landak Laut : Hidupan Laut Yang Unik





Pernah kita dengar mengenai landak laut atau lebih popular dengan sebutan bulu babi yang dalam istilah ilmiahnya di sebut sea urchin.

Haiwan ini sangat beragam dan hidup di dasar lautan. Salah satu yang sangat unik dan menarik adalah T. gratilla. Hampir seluruh hidupnya di habiskan untuk “bermain” dan tumbuh pada habitat lamun. Suatu tempat yang memang sangat sesuai baginya.

Habitat lamun menyediakan “rumah yang aman” baginya. Daun lamun yang segar merupakan makanan utama dan dasar lamun yang berpasir dan penuh dengan jajaran ryzom yang kuat merupakan tempat yang selamat terhadap serangan pemangsa.

T. gratilla mempunyai dua warna khas yang unik. Duri merah dan cangkang putih atau sebaliknya duri putih dengan cangkang merah dan tidak jarang kita menemui warna duri merah dengan cangkang hitam dan kadang kombinasi dari keseluran warna (merah, hitam dan putih).


Keunikan cara hidup T. gratilla merupakan daya tarik tersendiri untuk lebih mengenali haiwan ini. T. gratilla hidup dengan memakan daun lamun secara langsung atau terlebih dahulu menyimpan helaian daun lamun untuk di letakkan pada punggungnya dan menjadi persediaan makanan baginya.

Di samping sebagai persediaan makanan, daun lamun tadi juga sebagai melindungi terhadap serangan pemangsa yang boleh menyerang bila-bila masa. Padatnya daun lamun atau potongan daun alga yang ada di punggung haiwan ini menyukarkan bagi pemangsa untuk mengenalinya.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive