Keajaiban Peta Dunia
Anda perasan tak apa-apa yang pelik, ganjil atau luar biasa dalam photo diatas ini?
Masih tak nampak-nampak lagi! Langsung tak nampak?Cuba tengok gambar di bawah ini pula?
Bagaimana?
Sudah nampak apa yang mahu saya sampaikan? Syabas! Alhamdulillah, Anda seorang yang celik mata.
Ajaibkan, ada imej manusia sedang sembahyang menghadap ke arah kiblat dalam tahyat sedang bertashahud mengucapkan La Ilaha IlaAllah kelihatan pada peta dunia Timur Tengah. SubhanaAllah!!!
“Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya” Surah Al-Kahfi : Ayat 54
Palestin kepala yang berlebai. Tapi dalam peta tulis Israel. Tak nak sebut Israel sebab negara tu negara haram. Siapa suruh tak nak masuk ke tanah baru yang dijanjikan itu. Nabi Musa suruh berlawan dengan orang di situ, takut dan tak sanggup sebab mereka kuat dan gagah perkasa. Nampak sangat sebenarnya Israel lemah dan penakut. Tapi siapa bangsa yang ditakuti Bani Israel ni? Ke mana bangsa yang kuat dan gagah perkasa ini menghilang? Kini hampir keseluruhan Palestin dirampas! Setelah bertahun lama, baru sibuk nak masuk ke tanah yang dijanjikan itu! Agaknya berani nak masuk sebab bangsa yang kuat dan gagah perkasa sudah tiada di situ atau telah hilang kegagahan dan keperkasaan mereka.
Masjidil Aqsa hendak dirobohkan. Tu pun ramai yang salah faham anggap kubah emas tu Al-Aqsa (sebab media selalu tayang kubah emas bila timbul kisah Palestin). Kubah emas tu Dome of the Rock, tempat batu tergantung. Al-Aqsa yang kubah hitam. Di sinilah mereka menjumpai harta karun (kitab-kitab sihir kuno yang Nabi Sulaiman rampas dan tanam). Kerja penggalian bawah tanah berterusan sehingga Al-Aqsa runtuh. Kawasan Dome of the Rock sikit pun mereka tak usik, sebab tu elok je kita tengok. Kemudian di tapak itu mereka akan membina Solomon Temple untuk Raja Kejahatan bersemayam (Al-Masih Dajal). Namun mengganggap Dome of the Rock bukan sebahagian Al-Aqsa juga salah. Kedua-duanya adalah kawasan masjid Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar ke Makkah.
Lebanon ekor lebai. Jordan bahagian muka sampai ke dada. Iraq dari pusat sampai hujung kaki duduk dalam keadaan tahyat. Negara Syria bahagian belakang badan (tulang belakang). Jari bertashahud Kuwait. 6 negara kesemuanya. Muka dan badan menghadap ke arah kiblat dan bertashahud ketika tahyat.
Hmm, sebut tentang Jordan, dalam peta nampak macam ada tasik dekat situ le. Agaknya tu la dia laut mati, kesan dari azab (bumi diterbalikkan) kaum Nabi Luth yang bersifat keji, berhajat pada kaum sejenis (gay). Namun adalah tidak molek, sekiranya kita berkunjung ke tempat ini, takut terkena sisa azab kaum Lut. Tak tahu la tak pernah pergi tapi kata orang yang pernah pergi. Kawasannya berpagar kalau pergi jangan pandang (sambil teringat kisah kaum Lut) bila sampai ke tempat itu, jalan je macam biasa. Laut Mati, masin sangat siap boleh terapung lagi sebab kandungan garam sangat tinggi. Ada orang pergi untuk mengubat penyakit kulit. Tak berkesan pun, kalau berkesan mesti ada liputan media dibuat. Dah nama pun tempat bekas azab, tak ada khasiatnya. WaAllahua’alam.
Bila sebut Syria, teringat sesuatu, ustaz ada sebut dalam ceramahnya, Baginda SAW pernah berkata Maju mundurnya bangsa Arab, terletak pada negeri Syam (Syria). Maka benarlah kata Baginda SAW. Sebab ada imej tersebut Syria terletak pada bahagian belakang badan dan di situ terdapat tulang belakang. Kan ada simpulan bahasa tulang belakang bermaksud tonggak utama atau orang harapan. Kalau negara Syria membangun, bangsa Arab kuat le. Nak tengok macam mana keadaan bangsa Arab, tengok le pada negara Syam. Syam maju Arab kuat, Syam mundur Arab lemah. Syam negara perdagangan, kan Nabi SAW selalu pergi berniaga barangan Siti Khadijah ke negeri Syam.
Berkenaan rakyat Syria, ustaz ada bagitahu orang Syria ni baik-baik orangnya. Sampaikan bila tetamu datang, mereka ambik stoking dan basuh. Lepas basuh keringkan dan letak balik pada kasut. Tetamu balik terus je pakai, tak tahu pun stoking dibasuh. Kalau singgah ke Syria, jangan pakai stoking koyak, buat malu je. Kalau Nabi SAW tak berhijrah ke Madinah, nabi akan berhijrah ke Syam, pasal orang Syam baik. Kiranya orang Arab paling baik, Arab Syria la. Perangai elok, budi bahasa pun baik.
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” Surah Fussilat: Ayat 53
sumber : http://journalnurfannun.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(623)
-
▼
August
(192)
- Sugar Glider: Haiwan Yang Sangat Comel
- Ulat Bulu Berhijrah
- Gagak, Haiwan Yang Bijak Menurut Al-Quran dan Sains?
- Labu Terberat di Dunia
- Pemerintah Paling Lama Memerintah
- Adolf Hitler: Bangsa Aryan Juga Bangsa Yahudi
- Bangsa Melayu Berasal daripada Keturunan Bani Isra...
- Lukisan Malam Yang Menakjubkan
- Rumah Terpencil Paling Cantik
- Lif Paling Mengerikan di Dunia
- Kehebatan Arkitekture Zaman Purba
- Keunikan Hotel Kapsul di Jepun
- Misteri Kemenyan City
- Keajaiban molekul Air Apabila Dibaca Dengan Ayat Suci
- Peti Tabut : Peti Rahsia Yang Dicari Oleh Yahudi
- Manusia dan Akal Yang Terbatas
- Minum Kopi Terbalik di Acheh , Indonesia
- Umar Mukhtar : Singa Padang Pasir Yang Digeruni
- Haiwan dan Hidupan Laut Paling Berbisa di Dunia
- Landak Laut : Hidupan Laut Yang Unik
- Lagenda Jentayu
- 10 Hotel Paling Berhantu di Dunia
- Cerita Paling Misteri
- TEORI ALAM SEMESTA BERBENTUK TROMPET
- Rahsia Putrajaya
- Putrajaya Pusat Pentadbiran Dunia Alaf Baru ?
- Sepintas Lalu Mengenai 2 Segitiga Syaitan
- Kulit Pisang Berguna Bagi Masalah Jerawat
- Tomato Kurangkan Risiko Penyakit Merbahaya
- Tips Agar Anak Pilih Makanan Yang Sihat
- 5 Tips Mencegah Masalah Penghadaman
- Makan Bawang Merah dan Bawang Putih Elakkan Selsem...
- Haiwan Laut Dalam Yang Pelik
- Baju Marilyn Monroe dijual dengan harga $4.6 juta ...
- Rahsia Logo Volkswagen
- Air Terjun di Laut Terletak Di Korea Selatan
- Rahsia Tubuh Manusia
- Bayi Bermata Satu
- Ukiran Nama Gergasi Yang Dapat Dilihat Dari Angkas...
- Antara Yang Tercantik di Dunia
- Ukiran Tatu Pada Gigi
- Kemampuan Menakjubkan Burung Merpati
- Fenomena Hujan Katak di Jepun
- Teori Kemungkinan Tengkorak Mona Lisa Ditemui Di B...
- Haiwan-Haiwan Yang Albino
- Buku Besar Codex Gigas : Kitab Iblis
- 7 Kebaikan Air Mata Menangis
- Kenapa Kerajaan Melarang Bermian Mercun
- Raja Habib Mendapat Hidayah dari Peristiwa Bulan ...
- Gambar Patung Wanita Gergasi Tengah Mandi
- Segitiga Bermuda : Pelbagai Teori dan Spekulasi
- Teori Kewujudan Makhluk Asing / Alien
- Imej Wajah Manusia Pada Awan Ribut
- Mumia Wanita Berusi 500 Tahun Dari Korea
- Keajaiban Peta Dunia
- Teori Konspirasi Kematian Michael Jackson
- 9 Tasik Paling Unik
- Kolam Darah Di Jepun
- Misteri Hollow Earth : Bumi di Dalam Bumi
- Punca Stereng Kereta Berat
- Istilah Yang Perlu Tahu Mengenai Khinzir / Babi
- Tips Elak Akaun Facebook dari kena hack / Digodam
- Tips Elak Komputer / Laptop dari Digodam
- Kisah Benar : Kisah Anak Yang Derhaka di Sandakan
- Buat Seks dengan 31 Lelaki
- Senarai Harga 20 Barang Kawalan Sempena Musim Pera...
- 10 Kanak-Kanak Ajaib di Dunia
- Perbezaan Antara Kurma Asli dan Kurma Tiruan
- Hidung Paling Besar di Dunia
- Seorang Ayah di Mesir Menamakan Anaknya ' Facebook '
- Aiskrim Susu Ibu
- Meja Pool Terbesar di Dunia
- Gambar Wanita Paling Gemuk
- Lelaki Terpendek Dunia vs Wanita Kaki Terpanjang D...
- 20 Fakta Menarik Mengenai Gajah
- Bilik Tidur Orang Jepun
- Ukiran Sabun Mandi Yang Sangat Kreatif
- Telefon Bimbit Diperbuat dari Kayu di Russia
- Serangga Paling Bising di Dunia
- Jam Tangan Untuk Orang Buta
- Gambar-Gambar Menyanyat Hati Krisis di Somalia
- Inilah Jutawan yang Tidak Reti Membaca dan Menulis
- Uwais Al-Qarni
- Asal-Usul Ilmu Falak ( Ilmu Kaji Bintang )
- Fenomena Langit Bergelora
- Disebalik Mumia Mesir Purba
- Rahsia Disebalik Simbol Singa Judah
- Gelanggang Tenis Tertinggi di Dunia
- 10 Negara Paling Bersih di Dunia
- Kereta dengan Design Terpelik
- Jambatan Yang Diperbuat Dari Rumput
- 5 Tandatangan Termahal di Dunia
- 5 Hotel Terpelik Di Dunia
- 32 Perkara Tentang Israel Yang Perlu Anda Tahu
- Rahsia Sujud Dalam Solat
- Sultan Brunei Mempunyai 7000 Buah Kereta !!
- Telur Ayam Terbesar di Dunia
- 10 Bentuk Hati Dapat Dilihat Dari Ruang Udara
- 10 Fakta dan Khasiat Telur Ayam Asli
- Biri-Biri Berwarna Oren
-
▼
August
(192)
Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung
NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...
0 comments:
Post a Comment