Ketika kita di Malaysia mampu makan sekenyang-kenyangnya (malah sehingga ke tahap membazir), masih ada lagi jutaan insan diseluruh dunia yang terpaksa berperang dengan kelaparan dan kesakitan, mencari sesuap makanan dan seteguk air untuk meneruskan kehidupan.
Krisis taun dan kemarau yang melanda Somalia, merupakan krisis kemanusiaan terbesar di dunia yang pernah dihadapi setakat ini. Daripada populasi sekitar 7.5 juta orang, kira-kira 3.2 juta warga Somalia berada dalam keadaan darurat. 30 ribu kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia dalam 3 bulan terakhir tahun ini, dengan sekitar 640, 000 kanak-kanak lain menghadapi kekurangan gizi yang parah.
Berikut ialah koleksi gambar-gambar menyayat hati krisis di Somalia. Sila lihat dengan mata-hati dan penuh perasaan kemanusiaan. Cuba letakkan diri anda ke dalam tempat mereka...sanggupkah anda? Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
HULURKAN SUMBANGAN:
The Somalia Hunger Crisis Fund, yang dilancarkan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) , memerlukan kira-kira US$1 juta (RM 3 juta) untuk membantu rakyat Somalia yang sedang menghadapi krisis kemarau dan taun yang teruk ketika ini.
Members of the public who wish to extend their help can send in donations to the Islamic Relief Malaysia through their Maybank account number 562142708704, or their CIMB account number 12590000804058
sumber: bernama, kompas.com, http://www.theglobeandmail.com, http://www.boston.com, http://www.unicef.org.uk
0 comments:
Post a Comment