Sugar Glider: Haiwan Yang Sangat Comel

INFO:


SUGAR GLIDER (Pretaurus Breviceps)
Origin Class : Mammalia
Subclass : Marsupialia
Order : Diprotodontia
Suborder : Phalangerida
Superfamily : Petauroidea
Family : Petauridae



Apa Itu Sugar Glider ?
Sugar Glider adalah haiwan marsupial berasal dari Australia, dan sebahagian daripada Indonesia dan New Guinea. Haiwan ini bukan tergolong dalam spesies tupai terbang, dan diklasifikasikan sebagai haiwan exotik di amerika. Haiwan ini adalah haiwan nocturnal iaitu berjaga dan mencari makanan pada waktu malam hari dan tidur sepanjang siang hari. Haiwan ini jika melahirkan anak, ia akan di jaga dan disusui di dalam kantung perut ibunya sama sebagaimana kanggaru.

Asal Nama SUGAR GLIDER?
Nama Sugar Glider datangnya daripada pemakanan mereka yang gemar makan buah-buahan manis (gula atau madu) dan glider dari tingkah laku mereka yang suka melompat dan menjunam menggunakan membran yang dinamakan patagium.



Jangka Hayat?
Jangka hayat haiwan ini di dalam hutan adalah 4 tahun. Namun kebanyakan sugar glider yang dibela, boleh hidup sehingga mencapai usia 12 ke 15 tahun kerana dijaga cara pemakanan mereka. Jika salah jaga, pendek jugalah.

Pemakanan Sugar Glider 
HPW (High Protein Wambarro) adalah makanan yang paling asas untuk Sugar Glider. Ia juga boleh hidup dengan memakan buah-buahan sepertt epal, pear, jambu, betik, tembikai susu, mangga, dan pelbagai lagi jenis buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak, bak choy, sawi, kangkung dan lain2. Selain daripada itu , makanan tambahan juga diperlukan unttk memberikan nutrisi lain seperti kalsium, protein dan vitamin.

Harga Sugar Glider
Harga bagi seekor Sugar Glider ini adalah RM300. Jika ingin membeli Sugar Glider bersama pakej penjagaannya iaitu Pakej Cage + HPW + Honey + Sleeping Pouch & Bondi Pouch pula adalah mencecah sehingga RM530 seekor.



 

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...