Kemampuan Menakjubkan Burung Merpati


Tak disangka, burung merpati mempunyai kemampuan sangat mengejutkan. Penyelidik Perancis mengetahui kemampuan ini setelah meneliti merpati bandar.

Merpati bandar mampu mengidentifkasi manusia yang ingin memberi mereka makan atau sekadar cuba mengejar-ngejarnya. Populasi merpati Eropah dianggarkan mencapai 28 juta ekor.



Tingkat kepadatan tertinggi merpati terletak di pusat bandar. Hal ini disebabkan rendahnya tingkat predator di kawasan itu dan makanan yang selalu ada.

"Dianggap sebagai wabak, merpati bandar sendiri hidup berhampiran dengan aktiviti manusia dan memanfaatkan kedekatan ini guna mencari makanan," papar pasukan saintis Perancis di jurnal Animal Cognition.

Peneliti melakukan dua uji di taman bandar dan melibatkan dua manusia (satu neutral dan satu mengejar merpati). "Dalam kedua-dua uji ini, merpati dengan cepat boleh membezakan kedua-dua manusia ini," katanya.

Merpati mengelakkan manusia yang mengejar-ngejarnya. Bahkan saat baju kedua-dua manusia ini saling ditukar, burung ini tetap mampu membezakan manusia ini menggunakan ciri-ciri individualnya.

"Terungkap, merpati boleh cepat belajar dari interaksi dengan manusia untuk memaksimumkan keuntungan daripada persekitaran bandar


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...