Tips Mengempiskan Perut | Menghindarkan Perut Buncit





Di bawah merupakan  beberapa petua untuk menghindarkan perut buncit agar badan anda kelihatan lebih menarik dan mengiurkan ..hehehe

1. Ramai orang mengamalkan makan dahulu kemudian barulah nak pergi mandi, Sebenarnya cara begitu adalah salah dan boleh membuatkan perut anda buncit. Mungkin ada alasan nya dari segi sains. Tp petua nenek moyang kita menggalakan untuk mandi dahulu kemudian baru makan. Tapi kalu makan dgn kuantiti yang banyak xder gunanye juge kan..so cube makan dalam kuantiti yang sederhana dan makan tanpa berulam kan air. Ada baik nya minum selepas setengah jam Makan. Cubelah ia bg mengelakkan buncit...

2. Campur cuka, ragi dan kapur barus hingga sebati . Buatkan campuran ini pekat sedikit. pupukkan pada perut dan barut kemas2 sebelum anda tidur selama 44 hari. Dah macam baby baru lahir je kan..hahaha

3. Rebus jadam bersama asam jawa dan sedikit air. Biarkan kering dan kemudian sejukkan ia . Sapukan jadam ini ke perut dan kemudian dibarut kemas.

Sedikit Ilmu Apa itu Jadam? Bagi yang tidak mengetahuinya.

Jadam mempunyai rasa yang pahit dan ia sebenarnya diproses dari daun lidah buaya. Biasanya dalam setiap ubat periuk dimasukan jadam tetapi kerana rasanya yang pahit dan tak disukai, jadam tidak lagi digunakan.
Salah satu herba yang ada dalam pengubatan Islam ialah jadam.

Jadam juga menjadi pelawas yang sangat baik disamping melancarkan perjalanan darah. Jika jadam di minum pada seminggu sekali ia akan mengurangi lendir di paru-paru. Ini akan menyebabkan penafasan menjadi lancar dan suara juga bertenaga. Selain daripada itu kegunaan jadam sama seperti alovera di mana ia sangat baik untuk ibu yang bersalin. Kadang-kadang jadam boleh menjadi julab (laxatif) bagi sembelit yang kronik. Jadam juga menerangkan mata.

4. Perah jus limau kasturi dan gaulkan dengan kapur sireh. Sapukan pada perut.

5. Bancuh secawan teh pekat manis dan perahkan dua biji Limau nipis . kemudian minum ketika masih suam. sebaik2 nya minum selepas sarapan pagi dan makan tgh hari.


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...