Majikan Rogol Pembantu Rumah Dalam Sangkar

Macam-macam hal  Pak Arab ni..
berita dipetik dari myMetro


DUBAI: Seorang anggota polis yang ditangkap isterinya ketika mengadakan hubungan seks bersama pembantu rumah warga Indonesia dalam sangkar merpati menafikan tuduhan dilemparkan terhadapnya.

Menurut rekod pihak pendakwa raya, isteri anggota polis itu, warga Uzbekistan mendakwa melihat suaminya menanggalkan pakaian sebelum mendera secara seksual pembantu rumah berusia 25 tahun berkenaan di dalam sangkar merpati di kediaman mereka.


Ketika disoal pendakwa raya, pembantu rumah itu mendakwa dia diperkosa suspek sebanyak 14 kali.
Anggota polis itu didakwa memukul, mencabul dan memperkosa wanita berkenaan selepas mengancam membunuhnya jika dia melaporkan kejadian itu kepada polis. Mangsa juga mendakwa suspek merogolnya ketika isteri lelaki itu menghantar anak mereka ke sekolah

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...