Peluru Tertanam Di Kepala Selama 23 Tahun


Benar-benar diluar dari pemikiran kita secara awam, bagaimana mungkin selama 23 tahun peluru tertanam di kepala. Seorang petani dari China  baru mengetahui bahawa ada peluru yang bersarang di otaknya selama 23 tahun.

 Wang Tianqing menderita suatu gejala yang semakin lama semakin buruk selama dua puluh tahun. Akhirnya dia memutuskan untuk ke doktor, penyebab penyakitnya benar-benar membuat terkejut. Hasil CT scan menunjukan sebuah peluru bersarang di kepalanya.


 
 
Doktor bedah China yang mengeluarkan peluru tersebut mengatakan, Wang boleh selamat daripada kematian hanya kerana peluru itu milimeter daripada otaknya. “Peluru itu masuk ke tengkorak Wang dan berhenti di dekat pelipisnya,” ujar doktor bedah saraf, Wang Zhiming, seperti dilapor Sky News, Jumaat (22/4/2011).

 Dokter Wang menambahkan, jika peluru itu bergerak sedikit saja lebih jauh ke belakang dan ke bahagian kanan, Wang kemungkinan tidak akan selamat. Namun, yang menghairankan doktor adalah bagaimana peluru itu boleh sampai disana.

 Wang kemudian teringat suatu hari di 1988. Dia ingat pernah terkena pukulan keras di kepalanya sebelum akhirnya tak sedarkan diri.

 “Saya fikir saya terkena pukulanl. Saya melihat seorang lelaki berdiri di bukit dan saya kira dia yang memukul saya,” kenang Wang. Dia kemudian terbangun di hospital, namun petugas medik yang merawatnya tidak menemukan ada yang salah padanya.

 Petugas medik kemudian memberikan Wang ubat anti radang dan menyuruhnya pulang. Namun, beberapa saat setelahnya Wang mulai mengalami kejang secara berkala. Saat serangan kerjang bertambah parah tahun lalu, keluarga Wang memutuskan untuk kembali ke doktor.

 Peluru tersebut ketika ini sudah dikeluarkan dan kejang-kejang yang dialami Wang sudah berhenti

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...