30 Fakta Unik Tentang Buah-Buahan Tempatan




  1. Kajian tentang pertumbuhan epal dipanggil pomology
  2. Orang yang ada alahan tehadap getah (latex) mungkin juga akan alah dengan buah kiwi
  3. Buah lemon diberikan pada tentera British untuk mengelakkan penyakit scurvy (kekurangan vitamin c)
  4. Terdapat lebih 400 jenis buah kiwi di China
  5. Strawberry tergolong dalam keluarga bunga ros
  6. Jika anda memanaskan buah lemon sebelum memerahnya, ia akan menghasilkan lebih banyak jus
  7. Terdapat lebih 20 billion kelapa yang dihasilkan setiap tahun
  8. 1/3 daripada buah nenas yang terdapat di dunia dihasilkan di Hawaii
  9. California menghasilkan 1 billion pound strawberry setiap tahun
  10. Buah plum Jepun sebenarnya berasal dari negara China
  11. Sebatang pokok epal mampu berbuah sehingga 100 tahun
  12. Terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96 negara
  13. Orang biasa secara puratanya makan lebih kurang 65 biji epal setahun
  14. Buah pear akan menghasilkan titik hitam jika disimpan dalam persekitaran yang kurang oksigen
  15. Pokok lemon yang matang mampu menghasilkan diantara 1000 hingga 2000 buah setahun
  16. Buah plum tumbuh dalam semua benua di dunia kecuali Antartika
  17. Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengilatkan kasut kulit
  18. Limau nipis bebas daripada kandungan lemak, lemak tepu, natrium dan kolestrol
  19. Kebanyakkan vitamin C yang ada pada buah pear terdapat pada kulit buah tersebut
  20. Mangga mempunyai kandungan vitamin C yang sama banyak dengan buah oren
  21. Anda boleh menggosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit untuk merawat gatal-gatal akibat gigitan nyamuk
  22. Lebih banyak mangga dimakan setiap hari seluruh dunia berbanding buah lain
  23. Terdapat lebih kurang 10,000 jenis buah epal yang tumbuh di seluruh dunia
  24. Lemon mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding strawberry
  25. Tambahkan setengah cawan jus lemon pada cucian anda untuk mendapat cucian yang lebih putih berseri
  26. Pisang mempunyai kandungan vitamin B-Complex yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf
  27. Buah pear mampu kekal hidup pada suhu serendah -40 darjah celcius
  28. Jika anda menanam sebiji benih buah oren, anda mungkin akan mendapat lebih daripada sebatang pokok
  29. Mangga tergolong dalam keluarga yang sama dengan poison ivy
  30. 25% daripada kandungan buah epal adalah udara. Sebab itu ia terapung di atas permukaan air
p/s : suka makan buah durian dengan buah tembikai susu.. :)

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...