Inilah Realiti Hari Asyura Disambut Dengan Mencederakan Diri



Kalau di Malaysia, hari Assyura disambut dengan berpuasa Assyura (atau puasa 10 Muharam) dan memasak bubur Assyura, tetapi bagi pengikut Syiah yang sebahagian besarnya di Iran, Iraq, Pakistan dan India, hari Assyura disambut dengan cara mencederakan diri sendiri!



Sebabnya?


Sebabnya kerana pengikut Syiah menjadikan tarikh 10 Muharam sebagai hari memperingati kematian Saidina Hussein. Mereka akan menyambutnya dengan cara memukul badan sendiri sehingga berdarah.





Pandangan Ulama:

Apa yang lebih menjadi perhatian kepada ulama-ulama besar ialah perbuatan pengikut Syiah yang mengadakan upacara memukul dada dan menyiksa tubuh sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Hussein.

Dalam Kitabnya al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira', Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu', seorang ulama Musa al-Musawi menyatakan;

''Perlu kami asingkan satu pasal yang khas mengenai memukul dengan rantai besi ke atas bahu, mengetuk kepala dengan pedang dan menyiksa badan pada hari kesepuluh Muharram sebagai berkabung di atas kematian Saidina Hussein.

''Amalan yang masyhur ini sentiasa diadakan sebagai satu bahagian daripada musim-musim perayaan sempena kematian Saidina Hussein. Amalan ini berlaku di Iran, Pakistan, India dan sebahagian di negara Lebanon pada setiap tahun. Dengan sebab itu berlaku pertempuran darah di antara Syiah dan Ahli Sunnah di beberapa tempat di Pakistan menyebabkan beratus-ratus nyawa yang tidak bersalah terkorban daripada kedua-dua belah pihak yang tidak dapat tidak banyak diperkatakan.


Perayaan

''Sebagaimana yang kami telah katakan pada pasal yang lalu bahawa Syiah mengadakan perayaan pada hari Asyura semenjak berabad-abad lagi. Selain daripada itu bacaan ziarah yang banyak diperkatakan sebelum ini di mana para pujangga telah menasyidkan beberapa qasidah di hadapan kubur sehingga seorang penyair Arab yang bernama Syarif Reda semasa menyampaikan qasidahnya yang mulia di hadapan kubur Husain yang mana terdapat diawal qasidah tersebut iaitu "Karbala sentiasa kamu berada di dalam kesusahan dan bala' hingga sampai kepada bait ini iaitu:

''Berapa ramai orang yang telah berperang di atas tanah ini, sehinggalah darah yang mengalir dan mereka yang terbunuh.''

''Penyair tersebut menangis sehingga ia pitam. Yang pastinya bahawa imam-imam Syiah merayakan hari kesepuluh Muharram, mereka duduk di rumah-rumah dengan menerima ucapan takziah daripada orang-orang yang memberikan takziah dan mereka mengadakan majlis jamuan pada hari itu. Imam mereka memberi khutbah dan qasidah bagi mengingati Saidina Husain dan Ahli Bait Rasulullah SAW. dan kelebihan-kelebihan mereka.''

Kesimpulannya, puak Syiah mungkin alasan tersendiri tetapi sebagai umat Islam, marilah kita memahami sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

''Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik seperti mana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah'' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Wallahualam.






 sumber: utusan malaysia, http://www.mukmin.com.my

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...