Kenali 8 Hacker Terbaik di Dunia

wallpaper-50918


Walaupun kebanyakkan hacker melakukan kesalahan, tak semestinya dia adalah seorang yang jahat. Setiap manusia ada melakukan kesalahan dan setiap manusia ada kelebihanya. Disini senarai 8 orang hacker terbaik dunia bukan sahaja melakukan kesalahan tetapi juga membuat kebaikan untuk dunia.


image

  • Robert Tappan Morris. Mencipta Worm Morris , worm yang pertama sekali pernah berada di Internet pada tahun iaitu pada tahun 1986. Worm yang dianggarkan merebak sehingga  6,000 komputer universiti dan tentera. Morris dihukum 3 tahun percubaan, 400 jam perkhidmatan masyarakat dan didenda $ 10.500. Dia sekarang menjadi profesor tetap di MIT Computer Science & Artificial Intelligence Lab.

image

  • Tim Berners-Lee. Mencipta World Wide Web, tetapi ketika dia seorang pelajar di Oxford University dia ditangkap ketika hacking akses ke komputer universiti dan kemudian dilarang daripada menggunakan komputer lagi.
image

  • Adrian Lamo. Seorang celebrity hacker kerana telah menceroboh banyak sistem terbesar dunia seperti Yahoo, Bank of America, Microsoft dan The New York Times, tapi malangya mendapat masalah besar ketika dia hacking intranet NYT. Lamo diperintahkan untuk membayar $ 65.000 denda dan dihukum 6 bulan perintah berkurung dalam rumah dan 2 tahun masa percubaan.
    image
  • Albert Gonzalez. Ia adalah seorang bekas hackers Secret Service AS, membantu mereka menangkap penjenayah hacker, sehingga mereka menyedari  dia sebenarnya membantu hackers lain! Dari 2005-2007, dia memberi bantuan kepada hacker tentang operasi Secret Service AS. Pada waktu itu, lebih 170 juta kad kredit dan nombor ATM, nombor sosial, sijil kelahiran … TELAH TERJUAL…
image

  • David Smith. Dia dan mengeluarkan virus Melissa pada tahun 1999. Virus ini menjangkiti lebih dari 1 juta komputer peribadi dan membanjiri rangkaian syarikat dengan mesej e-mel memaksa syarikat-syarikat besar seperti Microsoft dan Intel Corp untuk menutup sistem e-mel mereka. Smith dijatuhi hukuman 20 bulan penjara dan diperintahkan untuk membayar $ 5.000 di denda.
    image
  • Jeffrey Lee Parson. Dia adalah pelajar 18 tahun  SMA dari Minnesota yang bertanggungjawab menyebarkan varian dari cacing komputer Blaster . Program ini merupakan sebahagian daripada serangan DoS terhadap komputer menggunakan sistem operasi Microsoft Windows. Dia dijatuhi hukuman 18 bulan penjara pada tahun 2005.
image

  • Gary McKinnon. Kesalahan dia? menceroboh komputer NASA, US Army, Tentera Laut  Amerika Syarikat, Jabatan Pertahanan dan Tentera Udara AS. Pihak berkuasa memberitahu kos kerosakan sekitar USD800,000 . McKinnon membantah menyebabkan sebarang kerosakan kerana dalam usaha mencari bahan UFO, dia telah memasuki satu sistem terbuka, tanpa password dan tiada sistem firewall dan dengan baik hati dia meninggalkan nota tentang kegagalan mereka membuat sistem yang lebih selamat.
image
Kevin Poulsen. Sekarang senior editor untuk website terkenal Wired. Tapi pada masa lalu, Poulsen dikenali sebagai “Hannibal Lecter Of Computer Crime” dengan pakar hacking telefon. Dia berada di radar FBI setelah mereka dia cuba hacking ke komputer persekutuan untuk maklumat “wiretap”. Fotonya kemudian muncul di Unsolved Mysteries, tetapi saluran telefon 1-800 untuk program tersebut tidak boleh dihubungi oleh semua orang kerana disekat. Akhirnya, Poulsen ditangkap di supermarket dan menjalani hukuman lima tahun

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

IKLAN DISINI HANYA RM5 sebulan

Minuman Diet Soda Berisiko Untuk Jantung

NEW YORK - Minuman soda diet mungkin menjadi kepentingan kepada sesetengah individu yang mengutamakan penjagaan bentuk badan, namun tanpa di...