Pulau Komodo adalah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Nusa Tenggara. Pulau Komodo dikenali sebagai habitat asli haiwan biawak komodo. Pulau ini juga merupakan kawasan Taman Nasional Komodo yang dikendalikan oleh Kerajaan Pusat Indonesia. Pulau Komodo berada di sebelah barat Pulau Sumbawa, yang dipisahkan oleh Selat Sape.
Secara pentadbirannya, pulau ini berada dalam wilayah Kecamatan Komodo, Kabupaten Manggarai Barat, Provinsi Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Pulau Komodo merupakan kawasan yang paling barat bagi Provinsi Nusa Tenggara Timur, bersempadanan dengan Provinsi Nusa Tenggara Barat.
Di Pulau Komodo, Biawak komodo hidup dan berkembang biak dengan baik. Hingga Ogos 2009, di pulau ini terdapat sekitar 1300 ekor biawak komodo. Ditambah dengan pulau lain, seperti Pulau Rinca dan dan Kuala Motang, jumlah mereka keseluruhannya mencapai sekitar 2500 ekor. Ada pula sekitar 100 ekor biawak komodo di Cagar Alam Wae Wuul di daratan Pulau Flores tapi tidak termasuk wilayah Taman Nasional Komodo.
Selain biawak komodo, pulau ini juga menyimpan eksotisme flora dengan pelbagai kayu sepang yang digunakan oleh warga sekitar sebagai ubat dan bahan pewarna pakaian. Pokok ini dikenali sebagai Sterculia oblongata dan diyakini mampu menjadi ubat.
Sejarah
Pada tahun 1910 orang Belanda menamakan pulau di sisi selatan Provinsi NusaTenggara Timur ini dengan gelaran Pulau Komodo. Cerita ini bermula daripada Leftenan Steyn van Hens Broek yang cuba membuktikan laporan pasukan Belanda tentang adanya haiwan besar menyerupai naga di pulau tersebut. Steyn lantas membunuh seekor komodo tersebut dan membawanya untuk didokumentarikan ke Muzium and Botanical Garden di Kuala Lumpur. Penelitian itu kemudiannya di bawa kepada Peter A. Ouwens iaitu Pengarah Zoological Museum and Botanical Gardens Bogor, Jawa. Inilah dokumentari atau kajian khusus yang pertama dilakukan terhadap biawak komodo.
Ouwens tertarik dengan penemuan haiwan aneh tersebut. Dia kemudiannya menghantar seorang pemburu untuk menangkap beberapa spesimen untuknya. Pemburu berkenaan berjaya membunuh dua ekor biawak komodo yang berukuran 3.1 meter dan 3.35 meter serta menangkap dua ekor anaknya, masing-masing berukuran di bawah satu meter. Berdasarkan tangkapan ini, Ouwens melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan bahawa komodo bukanlah haiwan naga penyembur api, melainkan ia hanyalah termasuk spesis cicak monitor (monitor lizard) di dalam kelas reptilia. Hasil penelitian ini kemudiannya diterbitkan pada akhbar terbitan tahun 1912. Dalam pemberitaan itu, Ouwens memberikan nasihat agar dinamakan cicak raksasa itu sebagai Varanuskomodoensis bagi menggantikan jolokan sebelumnya iaitu "Komodo Dragon" (Naga Komodo).
Tahun 2009, Taman Nasional Komodo dinobatkan menjadi finalis "New SevenWonders of Nature" yang baru diumumkan pada tahun 2010 melalui voting secara online di www.N7W.com.
Biawak Komodo adalah haiwan asli Kepulauan Flores, Nusa Tenggara. Pulau yang paling banyak didiami komodo ini telah diberi nama yang bersesuaian dengan nama haiwan ini apabila ditemui pada 1910, yakni Pulau Komodo (Komodo Island).
Cicak-cicak raksasa ini termasuk haiwan yang hampir pupus dengan jumlahnya di alam liar kurang daripada 4.000 ekor. Untuk melindungi biawak komodo, pada 1980, telah disepakati untuk membentuk kawasan pemuliharaan dalam bentuk Taman Nasional Komodo di Pulau Komodo dan pulau-pulau kecil di sekitarnya.
Pembiakan dan populasi biawak komodo dalam tiga dekad terakhir ini semakin menurun dan kewujudannya semakin terancam, terutama akibat kegiatan perburuan rusa, sebagai makanan utamanya. Bahkan biawak komodo di Pulau Padar diketahui telah pupus sejak akhir tahun 1990-an, padahal pada awal tahun 1980-an, komodo masih lagi boleh dijumpai di sana. Perhatian dan usaha pemuliharaan spesies ini perlu diberikan secara khusus, kerana populasi biawak komodo sekarang berada diambang kepupusan.
Bagi sebahagian penduduk di Pulau Komodo, haiwan ini dianggap lebih berbahaya terhadap manusia daripada buaya, kerana kandungan bakteria pada air liurnya yang boleh menyebabkan jangkitan bahaya. Biasanya, musim mengawan biawak komodo terjadi antara Jun-Julai. Pada bulan Ogos, biawak komodo betina akan menggali sarang berupa gundukan bekas sarang burung Gosong (Megapodiusreindwardt) di bukit dan juga lubang² sarang di tanah untuk menyimpan telurnya yang boleh mencapai 38 biji setiap seekor. Telur biawak komodo biasanya dijaga oleh induknya, namun anak yang baru lahir pada bulan Februari atau Mac tidak pula dijaga malah sering dimakan.
Biawak Komodo memerlukan lima tahun untuk menjadi dewasa sehingga ukurannya mencapai dua meter dan dapat terus hidup sehingga 30 tahun lamanya. Namun apabila memasuki usia 4-5 tahun adalah masa awal kematangan biawak komodo secara seksual.
0 comments:
Post a Comment