-makan sikit tapi kerap supaya perut tak kosong (bukan dalam bulan puasa)
-jgn skip makan
- elak minuman berkafein masa bukak puasa (teh,kopi,nescafe) utk elak perut 'terkejut' dan merangsang saraf supaya mengaktifkan penghasilan jus gaster yang berlebihan
- dptkan ubat gastrik dri doktor jika perlu
-Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.
-Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan
- ubat gastrik biasanya dose die 2kali sehari..dgn tu boleh dimakan masa sahur dan berbuka..ubat ini fungsinya akan kurangkan keasidan perut
- kalau anda seorang pengambil ubat2 lain sperti aspirin,NSAIDs dan pil2 penahan sakit,pastikan makan mase perut ade makanan ..jgn mase perut kosong..sbb bile makan mase perut ksong,asid akan keluar tuk hadamkan ubat tu...asid yg berlebihan akan hakis dinding perut.(kecuali jika diarahkan makan mase perut kosong)
-Elakkan makan yang bleh buat perut meragam seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
-Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
- elak mulakan makanan berat smasa berbuka.Berbuka secara ringan.Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak "terkejut" Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.
-gastrik yang dibiarkan tanpa rawatan boleh berubah kepada ulser.
Jika masih tidak diberikan rawatan ia mungkin menjadi kanser, tetapi kes ini mmg jarang berlaku..tp xmustahil terjadi..so kene beringat..dpt rawatan kalau gastrik..dgn cpt k..
-elak stress!!
Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan.so,risiko tuk dpt gastrik lebih tggi. risiko serangan jantung dan strok pon boleh meningkat kalau stress berpanjangan, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit.
- tips perlu diingat :
1) gastrik ni ialah gangguan yang mudah diatasi, dengan syarat pesakit didiagnos dengan betul dan mendapat rawatan sepatutnya dan die tau mcm mane nk uruskan sakitnya
2) Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada bulan puasa kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun (mksudnye,masa puasa,perut kosong,xde mknn kan, so, asid perut tu xkn keluar dgn byk dan hakis perut yg kosong,asid ni hya akan keluar terutamanya bila ade makanan dlm perut dan sbb2 yg sy ckpkan..mcm stress tdi cthnya).so,sebenarnya,puasa la yg boleh kawal gastrik kite dari menjadi teruk.
stress juga boleh memburukkan penyakit gastrik tau
ReplyDeleteBetul tu..punca gastrik saya makin teruk adalah disebabkn saya stress
ReplyDeleteBetul tu..punca gastrik saya makin teruk adalah disebabkn saya stress
ReplyDelete